5 Tanda Sistem Imun Badan Lemah - Ziana Eunos

Dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ini, adalah penting untuk pastikan sistem imun badan kita sentiasa kuat dan mantap untuk menyekat penyebaran virus. Sebab itu kita kena mengambil tahu apakah tanda-tanda sistem imun badan yang lemah. 

Tanda sistem imun badan lemah


Jom kita semak tanda-tanda menunjukkan sistem imun badan lemah.

1. Kerap Demam

Setiap tahun biasanya normal untuk demam dan selsema dalam 2-3 kali. Bila demam, sistem imun badan akan mengambil masa tiga hingga empat hari untuk membentuk semula antibodi badan. 

Tapi, jika terlalu kerap demam selsema dalam sebulan 2-3 kali itu menunjukkan korang mempunyai sistem imun badan yang lemah dan rendah.


2. Kerap Stress

Menurut American Psycholgical Association, stress untuk jangka masa panjang boleh mempengaruhi sistem imun badan kita. 

Sebabnya, stress akan mengurangkan limfosit dalam badan iaitu sel darah putih yang berfungsi membnatu melawan jangkitan. Makin rendah paras limfosit, makin berisiko untuk terdedah pada virus seperti virus demam. 


3. Luka Lambat Sembuh

Proses penyembuhan bergantung kepada sel imun badan yang kuat dan sihat. Jika sistem imun lemah, kulit akan lambat bertukar baru. Ini yang menyebabkan luka lebih lambat untuk sembuh. 


4. Sering Rasa Letih

Bila sistem imun badan lemah dan rendah, tenaga badan kita juga akan berkurang. Sebabnya badan akan bertindak untuk menjimatkan penggunaan tenaga bagi meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan kuman.


5. Masalah Perut

Selain itu, tanda bila sistem imun rendah bila sering mengalami sakit perut, sembelit, perut berangin atau cirit-birit. 

Hampir 70 peratus sistem imun berada di saluran penghadaman. Bakteria dan mikroorganisma dalam saluran penghadaman akan berfungsi untuk melindungi usus daripada jangkitan dan menyokong sistem imun agar berfungsi dengan baik. 



Jagalah badan kita setiap masa. Pastikan antibodi badan kita sentiasa kuat dan berfungsi dengan baik terutama dalam keadaan penularan covid-19 yang makin berleluasa dengan peningkatakan kes covid yang tinggi setiap hari. 



Baca juga:

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid



Gee Shaklee
Klik gambar untuk pautan Whatsapp






Post a Comment

6 Comments

  1. Walaupun duk rumah kena exercise sikit sebab musim duk rumah ni asyik makan dan kurang bergerak. Tu pun boleh bawa penyakit. Di tambah dengan stress sebab terkurung lama. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul duduk rumah, pastu byk mkn dan tengok tv/hp memang kena aktif diri sikit bagi exercise

      Delete
  2. Alamak masalah perut tu kita selalu dapat. Stress tu ada lah jugak lagi lagi sekarang ni saya rasa tepu betul duduk rumah :(

    ReplyDelete
  3. Saya ada 2 ,4 & 5. Tapi slowly getting better . Alhamdullilah kena jaga lagi diri sendiri lebih seriuss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jaga diri moga sihat selalu :)

      Delete