7 Punca dan Sebab Sistem Imun Badan Lemah

Sistem imun badan sangat penting untuk melindungi badan dari sebarang jangkitan. Bagi mereka yang sistem imun badan yang lemah mungkin lebih terdedah kepada jangkitan dan ia boleh berlaku berulang kali. 

Punca dan sebab sistem imun lemah


Kenal pasti apakah perkara yang boleh menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah. 

Punca dan Sebab Sistem Imun Badan Lemah 

1. Stress

Tahu tak stress boleh melemahkan sistem imun badan dan membuatkan anda lebih mudah mendapat penyakit. Jadi, kawal dan kurangkan stress untuk pastikan badan sentiasa mempunyai sistem imun yang mantap. 


2. Kurang Tidur

Sama seperti stress, kurang tidur boleh menganggu penghasilan sel darah putih, iaitu komponen penting dalam sistem imun badan kita. Sebaiknya cuba tidur dalam 6 jam hingga 8 jam sehari bagi dewasa dan kanak-kanak antara 8 jam hingga 17 jam sehari bergantung pada umur mereka. 


3. Tak Rajin Mencuci Tangan

Sebelum ni macam takda kaitan cuci tangan dan sistem imun. Sebenarnya ia boleh mempengaruhi juga. Bila kurang menjaga dan mencuci tangan, sistem imun badan akan bekerja lebih keras untuk melindungi badan dari bendasing. 

Macam keadaan sekarangan dengan pendemik covid-19 yang melanda, amalan mencuci tangan sangat digalakkan untuk mengelak penyebaran virus. 


4. Pemakanan 

Terutama yang kerap memakan makanan segera dan makanan proses boleh menganggu sistem pertahanan badan. Termasuk juga yang kerap mengambil alkohol. Satu lagi gula juga boleh sel darah putih tidak dapat bekerja dengan baik. 


Punca dan sebab sistem imun lemah


5. Sistem Imun Tak Berfungsi

Ada sesetengah keadaan sistem imun badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Biasanya yang sejak lahir memang ada masalah sistem imun lemah atau  kedaaan yang menyebabkan imun badan lemah seperti penyakit Leukimia atau AIDS. 


6. Kekurangan Nutrisi 

Kurang mengambila pemakanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin minerak juga antara sebab yang boleh melemahkan sistem imun badan. 

Contohnya kurang makan sayur dan buah. Kesannya badan kurang mendapat vitamin C yang cukup. Keadaan ini boleh menyebakan sistem imun badan berada pada tahap rendah dan mudah mendapat pengakit berulang seperti kerap demam dan selsema. 


7. Merokok 

Semua tahu merokok tidak elok untuk kesihatan. Merokok boleh menganggu saluran darah, kesannya luka lambat sembuh dan ini meningkatkan risiko jangkitan. Antibodi badan akan lebih mudah terdedah dan jika berterusan boleh melemahkan fungsi sistem imun badan. 



Kesimpulannya, sistem imun penting dan ia membantu melindungi badan dari virus, bakteria dan apa saja yang boleh menyebabkan penyakit. Jagalah pemakanan dan aktiviti harian bagi memastikan imun badan sentiasa berfungsi dengan baik terutama waktu pendemik covid-19 sekarang. 


Baca juga:

Cara sistem imun bekerja

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara kuatkan imun badan

Set imun bantu pesakit covid



Post a Comment

2 Comments

  1. Pemakanan dan kebersihan memang betul2 kena jaga time2 mcm ni. thanks for sharing~

    Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete