Alhamdulillah akhirnya dapat juga vaksin setelah lama menunggu. Gee dapat dos pertama 17 Ogos lepas.
Perjalanan nak dapat suntikan vaksin tu lancar di pusat pemberian vaksin Dewan Jublin Intan Pontian. Ramai juga orang tapi proses semua lancar dan laju. Tapi masa sebelum kena suntikan vaksin tu memang berdebar juga sebenarnya. Gigil juga haha. Yelah dah lama tak kena suntik jarum tu kan.
Masa sebelum suntik vaksin tu, nurse tu siap tunjuk jarum lagi. Mak ak panjang jarum dia, dan kena tengok juga masa dia suntik. Gee berpaling juga tengok tapi tak tengok tempat dia suntik. Seram wei hahaa.
Ok Gee dapat vaksin Sinovac. Apa-apa jenis vaksin ok je bagi Gee yang penting dapat vaksin kan. Nanti dos kedua Gee akan dapat awal bulan September.
Isi kandungan vaksin Sinovac
Efek lepas dos pertama vaksin Sinovac
Setakat ini takda rasa demam. Cuma ada rasa sakit kat area bahu kena suntik tu jelah. Lain-lain semua ok.
Fakta vaksin Sinovac
Pengambilan suplemen sebelum dan selepas vaksin
Sebelum vaksin - memang setiap hari ada makan Vitamin C untuk tingkatkan imun badan.
Tambahan Gee ada juga amik vitamin lain yang tinggi antioksidan yang juga bagus untuk kuatkan sistem imun.
Set Imun Shaklee
Vitamin C bantu kuatkan sistem imun.
Nutriferon bantu tingkatkan antibodi badan secara semulajadi, menggalak sistem pertahanan tubuh befungsi dengan baik melawan bakteria dan virus.
Omega 3 mengaktifkan dan mengukuhkan sistem imun badan melawan pathogen yang sebabkan berlakunya serangan penyakit. Juga mengurangkan keradangan pada badan dan tisu terutama paru-paru serta kurangkam batuk.
Selain tu, Gee juga ada amik:
ESP - ada protein yang penting untuk membina antibodi badan dan pembaharual sel badan setiap hari.
Zinc - bantu fungsi imun yang sihat dan percepatkan penyembuhan daripada selsema dan batuk.
Vitamin D - membantu melindungi paru-paru dari jangkitan dan tambah baik fungsi imun badan.
Apapun suplemen ni salah satu iktiar kita sama macam vaksin bagi melindungi diri dari terkena covid.
Jangan lupa juga berdoa selalu moga virus ini segera hilang di bumi ini. Aamin.
Baca juga;
Punca dan sebab sistem imun lemah
Makanan terbaik kuatkan antibodi badan
Cara sistem imun bekerja melindungi badan
7 Comments
Sama la. Abe kie pun cucuk vaksin sinovac dos 1 pd 11 sept lps.
ReplyDeleteTahniah abam kie. Sama geng hihi
DeleteAlhamdulillah. Tahniah gee :)
ReplyDeleteTq kak shima
DeleteAlhamduillah, Naim dos pertama pfizer lenguh tangan tapi telan juga panadol 2 biji. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah setel dah. Tapi lenguh tangah tu rasa semua orang akan ada kena kan.
Deletemoga kekal sihat dan tak ada side effect yang berpanjangan, ada orang kata boleh jadi punca sakit tumit
ReplyDelete