Masalah ulser mulut ni biasa berlaku. Maca Gee jarang-jarang nak kena tapi dalam minggu ni mendapatlah ulser. Sesekali nak kena ulser kan.
Fakta Ulser Mulut
Ulser mulut adalah luka kecil dalam mulut kita yang berwarna merah. Nampak kecil tapi meyakitkan hingga menganggu aktiviti harian. Misalnya sukar nak makan minum. Memang mencabar bila kena ulser mulut ni.
Tempoh kena ulser mulut biasa dalam 1-2 minggu saja tak lama. Tapi sering mendapat ulser dan lama sangat terkena bolehlah berjumpa doktor dengan segera. Buat pemeriksaan takut ada penyakit lain pulak. Kita cegah dari awal.
Punca berlaku ulser mulut
Apakah punca dan sebab ulser mulut terjadi? Ni kita kena amik tahu supaya senang nak mencegah dari awal dan bila dah kena pun dah tahu sebab dia.
Tips bila kena ulser mulut
Ini antara tips-tips untuk mengatasi bila dah terkena ulser mulut. Macam Gee sendiri, bila kena ulser ni memang akan banyakkan minum air kosong, berumur dengan air pembersih mulut.
Pastu Gee pun ada makan vitamin C, vitamin B, nutriferon dan zink. Ni semua vitamin antioksidan bagus untuk mengawal dan mengelak ulser dari makin banyak. Jika terlalu kerap kena ulser mungkin juga sebab badan ada kurang vitamin.
Moga bermanfaat buat semua. Alhamdulillah ulser mulut Gee dah makin ok tak sampai seminggu cepat dia ok balik. Syukur.
Baca juga >> Vitamin untuk ulser mulut
2 Comments
Selalu tergigit atau cuaca terlalu panas akan jadi ulser.. Nak makan pun susah bila ada user ni.
ReplyDeletememang seksa rasa kan. lagi2 tergigit uiii rasa dia
Delete