7 Cara Mudah Untuk Seronok dalam Berjalan

Cara mudah untuk rasa seronok dan aktif berjalan. Ada berbagai cara boleh dibuat untuk menggalakkan rasa seronok berjalan-jalan. 

Cara Mudah Cipta Rasa Seronok Berjalan


Ikuti 7 cara ini supaya rasa lebih seronok berjalan secara konsisten.

1. Dengar muzik

Bila seronok mendengar muzik secara tak langsung ia boleh membantu kita berjalan dengan lebih lama dan pantas. 

2. Dengar podcast

Mendengar rakaman audio atau video secara atas talian seperti berita, ceramah atau drama sambil berjalan. 

3. Berjalan bersama rakan

Semasa berjalan, ia salah satu cara dan masa terbaik untuk berjumla rakan-rakan. Sambil buat aktiviti sihat dalam masa yang sama dapat manfaat kesihatan. 

4. Menikmati alam semulajadi

Berjalan-jalan juga membantu kita melihat keindahan alam sekeliling. Ia juga memberi rasa lebih tenang melihat alam dan menghargai nikmat alam. 

5. Beri ganjaran

Memberi ganjaran pada diri sendiri juga salah satu cara baik untuk menggalak diri melakukan aktiviti berjalan atau bersenam. Contoh boleh menetapkan ganjaran seperti membeli baju, buku atau makan malam bersam keluarga dan rakan. 

6. Sediakan catatan

Merekod atau menulis rekod aktiviti berjalan dapat membantu kita lebih bersemangat dan rasa seronok melakukannya. Kita juga dapat melihat berapa jauh jarak yang sudah dibuat dan mendorong untuk lebih giat lagi berjalan setiap hari.

7. Jaga kebersihan

Salah satu amalan yang baik, sambil berjalan sambil itu menjaga kebersihan alam atau kawasan rumah, padang sekitar. 


Itulah cara dan tips yang boleh dibuat untuk pastikan kita rasa seronok untuk berjalan setiap hari yang sememangnya banyak manfaat untuk kesihatan. Rajin-rajin berjalan setiap hari dan amalkan gaya hidup sihat. 


Baca juga;

Cara bersenam yang betul



Post a Comment

7 Comments

  1. Dapat tengok pemandangan pun seronok nak berjalan :)

    ReplyDelete
  2. 8. Ada matlamat/sasaran tujuan kita berjalan2

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik. Tapi wktu skg, kwsan sy susah nak berjalan. jalan2 dalam rumah ja la😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samalah saya pun jalan dalam rumah atas treadmill sambil tu dengar muzik

      Delete
  4. Bagus tu perkongsian cara untuk rasa seronok sewaktu berjalan. Tq for sharing.

    ReplyDelete