7 Tips Berjalan Yang Betul

Tips berjalan yang betul. Amalan berjalan setiap hari sangat bagus untuk kesihatan. Tahu tak bila kita berjalan selama 2 minit akan hidup lebih lama. Jika berjalan 5 minit dapat membakar 1000 kalori dalam seminggu dan berjalan selama 10 minit pula bagus untuk kesihatan jantung. Jadi banyakkanlah berjalan untuk mendapat kesihatan yang baik. 

Tips berjalan yang betul


Tapi sebelum berjalan ada beberapa tips yang perlu anda tahu. Boleh ikuti 7 tips ini. 

7 Tips Untuk Berjalan dengan Cara yang Betul

1. Tegakkan Postur Badan

Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Kemudian mulakan dengan langkah yang pendek. 

2. Hayunkan Tangan 

Menghayunkan tangan sambil berjalan dapat membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot di bahagian atas badan.

3. Luruskan Bahagian Belakang Badan

Bila berjalan pastikan badan berada dalam postur yang baik. Sebaiknya meluruskan badan dan pandang ke hadapan. 

4. Kawal Pernafasan

Bila berjalan pastikan nafas sentiasa teratur. Jika makin tercungap-cungap boleh kurangkan kelajuan berjalan. Dan boleh berhenti jika rasa tidak mampu meneruskan.

5. Variasikan Tempo Berjalan

Semasa berjalan boleh cuba tetapkan sasaran dalam satu tempoh. Maksudnya ada masa berjalan laju dan kemudian boleh kurangkan kelajuan.

6. Gunakan Steps Tracker

Ini ramai yang menggunakan sekarang. Kebanyak ramai guna smartwatch untuk mengira berapa banyak steps berjalan. Cara ini sebenarnya lebih menarik sebab kita boleh melihat berapa banyak dan berapa jauh perjalanan.

7. Lakukan Senaman Berjalan

Boleh buat senaman berjalan ini paling kurang 3 kali hingga 5 kali seminggu. Boleh cuba buat dalam 15-30 minit dulu bagi yang baru nak mencuba. 


Rasa bosan berjalan? Boleh cuba 7 tips cipta rasa seronok berjalan yang menarik ini. 

8 faedah berjalan yang ramai terlepas pandang. 




Post a Comment

2 Comments