Kebaikan Omega 3 Untuk Ibu Hamil dan Menyusu | Asid lemak Omega-3 adalah lemak baik yang bermanfaat untuk kesihatan dan ini termasuk juga baik untuk ibu hamil dan sepanjang penyusuan. Sama seperti vitamin yang lain, Omega 3 juga boleh diamalkan oleh ibu dari peringkat awal kehamilan sehingga lepas bersalin dan penyusuan.
Manfaat Omega 3 semasa ibu hamil
- Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
- Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
- Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi dalam tempoh ibu sedang hamil).
Manfaat Omega 3 untuk bayi semasa dalam kandungan
- Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dalam kandungan dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.
- Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan baik ketika didalam janin.
- Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi dalam kandungan ibu.
- Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan bila lahir kelak.
- Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa dalam tempoh trimester ketiga.
- Menggalakkan perkembangan saraf otak janin.
Kebaikan Omega 3 untuk ibu lepas bersalin
Bagi ibu lepas bersalain, Omega 3 membantu mengawal emosi ibu yang lebih stabil selepas bersalin. Mengelak kemurungan lepas melahirkan anak.
Kebaikan Omega 3 untuk bayi lepas lahir
- Membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin. DHA adalah komponen utama retina. Ia sangat penting untuk perkembangan penglihatan bayi yang lebih sihat dan baik.
- DHA juga penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
- Omega 3 juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi lepas dilahirkan seperti kulit sensitif dan ekzema.
- Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi-bayi.
- Meningkatkan koordinasi tangan-mata serta kepintaran bayi dan kanak-kanak.
- Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
- Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.
Banyak manfaat dan kebaikan Omega 3 untuk ibu dan bayi. Para ibu bolehlah mengambil asid lemak Omega 3 dari awal tempoh mengandung hingga lepas bersalin dan menyusu kerana ia juga memberi kebaikan secara tidak langsung kepada bayi. Vitamin untuk ibu sepanjang hamil.
Makanan yang kaya dengan Omega 3 contohnya,
Suplemen Omega 3 untuk ibu hamil - boleh lihat di sini, Omega Guard Shaklee
Baca juga:
Kebaikan Omega 3 untuk kulit, rambut dan kesihatan
Kebaikan Omega 3 untuk otak kanak-kanak
Kebaikan Omega 3 untuk jantung
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
4 Comments
Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu hamil semua
ReplyDeleteOmega 3 baik untuk semua
ReplyDeleteBgus rupanya omega ni untuk ibu hamil
ReplyDeleteomega 3 bagus sgt kan
ReplyDelete