Harini Gee dapat dos kedua untuk vaksin Sinovac. Tempat sama di Dewan Jubli Intan Pontian, Johor.
Sebelum vaksin Gee ada amik set imun Shaklee dulu. Vitamin C, nutriferon dan air performance oren. Ikhtiar tingkatkan imun badan.
Kalini ramai orang beratur walk in untuk vaksin dos pertama. Terkejut jugak tengok. Tapi sebab Gee dapat dos ke 2 terus masuk. Pergi kaunter amik nombor, duduk dan tunggu giliran untuk suntik vaksin.
Selepas Vaksin Kedua Sinovac
Untuk suntikan kali kedua vaksin sinovac ni memang rasa sakit sikit masa dia suntik tu. Pastu ada rasa lenguh kat bahu juga. Yang lain semua ok lagi setakat ni.
Alhamdulillah. Tadi cek mySejahtera pun dah update lengkap 2 dos juga.
Mana yang dah lengkap vaksin tu tahniah Gee ucapkan. Yang belum lagi moga dipermudahkan urusan.
Sama-sama kita mencapai kadar vaksinasi 100 peratus sebagai usaha mengekang covid-19 ini. Moga kita dapat hidup normal kembali seperti dulu.
Baca juga,
Punca dan sebab sistem imun lemah
Makanan terbaik kuatkan antibodi badan
Cara sistem imun bekerja melindungi badan
8 Comments
Tahniah dah lengkap dua dos vaksinasi
ReplyDeleteTunggu 14 hari untuk stabilkan immuniti
Tq. Ya betul. bagi rest dulu dan duk rumah
DeleteAlhamdulillah dah settle vaksin.. :)
ReplyDeleteAlhamdulilaah😎
Deletetahniah ye dah setel vaksin. cantik tote bag
ReplyDeleteTq😁
Deletelama tak singgah sini..tahniah da complete dose
ReplyDeleteTq singgah😎
Delete