1. Elak membandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka dulu. Mungkin dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk tapi sekarang berkereta mewah.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yang kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking, senyum kan saja. Mungkin Allah nak uji kita, nak didik kita lebih baik dan lebih kuat.
5. Jangan membazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.
6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yang menimpa.
7. Iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang.
10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan.
11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.
Moga kita semua hidup tenang gembira. Bila ada masalah bersabar dan atasi dengan baik. Tiap yang berlaku Allah tahu kita mampu buat.
0 Comments