Setelah dekat 2 tahun covid-19 melanda dunia, kini kebanyakan sektor ekonomi sudah mula beroperasi. Orang ramai juga sudah boleh bergerak dan merentas ke sana sini. Satu dunia juga mula menjalani kehidupan biasa balik. Tapi virus sentiasa ada bersama kita. Sebab itu penting juga untuk sama-sama kita berusaha menjaga sistem pertahanan badan.
Penting untuk ada sistem imun badan yang sentiasa berfungsi dengan baik sebagai usaha melindungi dan mengurangkan risiko terkena virus.
4 Cara untuk meningkatkan sistem pertahanan badan
1. Bina
Protein Soya ~ Membina Antibodi
• Protein adalah blok binaan utama dalam sel imun terutamanya antibodi.
• Ia penting untuk menyokong pembentukan pertahanan yang sihat dan kuat termasuklah mata (air mata), mulut (air liur) dan hidung (mukus).
• Protein juga membantu menguatkan struktur kulit sekaligus membantu merendahkan peluang kuman untuk masuk ke dalam badan kita.
• Minuman protein cadangan - ESP, Life Shake
2. Tingkatkan
• Vitamin C penting untuk membantu merangsang penghasilan dan menggalakkan fungsi sel imun.
• Ia membantu badan kita untuk menghasilkan antibodi supaya dapat menyerang, melawan dan meneutralkan kuman yang masuk dalam badan kita.
• Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin C bukan sahaja mengurangkan jangka masa selsema, malah memendekkan tempoh demam. Demam dan selsema lebih cepat elok apabila ada mengambil vitamin C setiap hari berbanding yang tak mengambilnya.
3. Aktifkan
• Membantu mengaktifkan dan menguatkan tindak balas imun dengan meningkatkan penghasilan interferon dalam badan kita.
• Interferon adalah protein yang dihasilkan oleh badan kita untuk mencetuskan mekanisme rintangan badan untuk membunuh patogen atau bakteria yang menceroboh masuk.
• Lebih banyak dan aktif interferon dalam badan kita, lebih baik fungsi kesihatan imun kita.
Polifenol ~ Merangsang Sistem Imun
4. Melindungi
• Meningkatkan fungsi sistem imun terhadap jangkitan.
• Mencegah replikasi virus tertentu di dalam badan dan mengurangkan tempoh selsema .
• Menguatkan reaksi imun dan mempercepatkan tempoh pemulihan
Jagalah kesihatan kita. Sentiasa pastikan sistem imun badan kuat. Jika bukan kita sendiri siapa lagi nak lindung diri kita kan?
Baca juga:
Punca dan sebab sistem imun lemah
Makanan terbaik kuatkan antibodi badan
Cara sistem imun bekerja melindungi badan
1 Comments
Semua produk yg bagus2.
ReplyDeleteskirt
baju budak lelaki
baju budak perempuan