Apa yang buat saya suka bisnes online

Kalini Gee nak kongsikan sebab apa suka buat bisnes online. 

Bisnes online


Sebab Gee suka buat bisnes online

1. Jenis tak keluar
Sebab Gee jenis banyak duduk rumah, jarang keluar sangat, keluar pun biasa beli barang, shopping macam tu. Sebab tu suka bisnes on9 tak perlu jumpa orang sangat. 

2. Pemalu
Ya dulu jenis malu nak jumpa orang tak kenal, orang baru tak berapa nak borang sangat. Bila buat bisnes on9 banyak guna whatsapp, facebook dan instagram mudah lagi. Sebab tak jumpa depan-depan jadi rasa malu tu ada kurang sikit. 

3. Tak berapa ramai kawan
Ya tak ramai kawan dulu bila gee duk kat kampung. Macam mana nak jual kan? Cara mudah buat on9, guna semua medium on9 lagi potensi lagi ramai prospek satu Malaysia beli dengan Gee. Macam Gee buat blog ni ada pasal bisnes Shaklee jugak dari situ dapatlah kenal ramai prospek dan customers dari pelbagai tempat. Unlimited kan walau Gee ada kat kampung. 

4. Tak perlu sewa kedai
Tak perlu ada kedai fizikal bila buat bisnes online. Janji kita daa kedai di online macam Facebook page, instagram bisnes, blog ke. Mudah kan semua percuma. 

5. Mudah di mana saja
Ya bila buat bisnes online ni mudah asalkan ada hp dan internet. Kat mana saja boleh buat. Macam Gee buat bisnes Shaklee ni lagi mudah. Ada customer oder online Gee submit oder kemudian Shaklee atau upline team Gee akan uruskan pos. Gee tak perlu keluar dah pos barang. Best kan?


Ok tu 5 sebab utama Gee suka buat bisnes on9. Korang pulak apa sebab?






Post a Comment

1 Comments

  1. Aini pun jenis seorang yang pemalu dan tak ramai kawan.
    Banyak duduk di rumah. Bisnes online ada buat juga tapi tak berapa nak aktif.

    ReplyDelete