7 Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur Malam

Cara untuk mengatasi masalah sukar tidur malam | Ramai juga yang mengalami masalah sukar tidur malam. Ada yang sukar tidur, ada yang tidur tak lena, ada yang tidur lewat baru dapat melelapkan mata. 

Cara atasi masalah sukar tidur malam

Penting sebenarnya untuk mendapat tidur yang cukup setiap hari untuk kesihatan badan kita. Bahaya kurang tidur jika dibiarkan berterusan. Kesan buruk kurang tidur

Cara Atasi Masalah Susah Tidur Malam

1. Tidur pada waktu yang sama

Setiap malam cuba tetapkan waktu tidur yang tetap. Contohnya tidur jam 11 malam setiap malam dan jadikan ia rutin harian. Jika ada kerja cuba siapkan lebih awal dan bersedia untuk tidur tepat pada waktunya. Tidur pada jam yang sama dapat membantu mengatur jam dalaman badan kita.

2. Tidur dalam suasana gelap

Ya tidur dalam bilik yang gelap juga dapat membantu lebih mudah tidur malam. Elakkan guna cahaya terang dan cuba tutup lampu agar lebih mudah lena. 

3. Bersenam waktu siang

Cuba aktifkan diri dengan bersenam 3-4 kali seminggu untuk membantu lebih mudah tidur lena pada waktu malam. Contoh mudah berjalan kaki dalam 10 minit ke 15 minit setiap hari. Boleh cuba berjalan-jalan di sekeliling rumah. 

4. Jaga makan minum

Tabiat makan minum juga penting untuk membantu lebih mudah tidur pada waktu malam. Contohnya elak makan berat pada waktu malam, elak minum kafein kerana boleh membuatkan anda tak mengantuk, dan elak mengambil alkohol sebelum tidur. 

5. Matikan telefon

Jarakkan atau elak pegang telefon sebelum tidur. Apabila kita dah menghadap telefon memang akan terlajak tidur. Jadi sebaiknya elak gajet apabila nak tidur. 

6. Membaca buku

Amalan membaca buku sebelum tidur juga boleh membantu tidur lebih mudah kerana fikiran lebih tenang dan lebih mudah mengantuk. Boleh cuba lepas ini sediakan buku di tepi katil.

7. Kurangkan tidur waktu siang

Amalan tidur siang sebenarnya baik untuk kesihatan tapi apabila terlebih tidur boleh menganggu tidur pada waktu malam. Paling baik elak tidur terlalu lama pada waktu siang.


Masalah susah tidur pada waktu malam boleh diatasi dengan mencuba tips-tips di atas. Apa kata sempena tahun baru ini kita cuba susun balik waktu tidur. Cuba untuk tidur lebih awal dan bangun awal waktu pagi dan jadikan ia rutin. Bangun awal lebih segar fikiran dan badan kita, lebih banyak kerja kita boleh buat dan moga mendapat keberkatan dengan bangun awal setiap hari.


Baca juga:  

Ostematrix bantu mudah tidur lena dan senang bangun pagi

Vitamin dan mineral untuk bantu tidur lena

Amalan mudah tidur malam ikut Islam




Post a Comment

4 Comments

  1. Tips no.5 tu.. paling susah nak elak.. 🤭.. bila layan telefon, mata mmg jadi cerah semula..

    ReplyDelete
  2. memang ada orang yang berpenyakit susah tidur
    Bolehlah cuba amalkan tip2 ini

    ReplyDelete