7 Punca Tak Boleh Tidur Malam

Kenapa susah nak tidur malam? Apakah punca yang menyebabkan anda sukar tidur malam? Mereka yang ada masalah susah tidur malam akan berasa letih dan sakit badan bila bangun pagi keesokkannya. Ada juga menganggap ia insomnia. 

Punca tak boleh tidur malam

Kalini Gee bawakan apakan punca susah untuk tidur malam. Bila dah tahu sebab nanti lebih mudah untuk membantu masalah tak boleh tidur malam. 

Punca tak boleh dan sukar tidur malam

1. Telefon

Boleh dikatakan punca utama sebab setiap orang ada memiliki telefon bimbit. Apabila anda menghadap telefon sebelum tidur inilah yang akan menyukarkan untuk tidur. Tahukah anda gangguan cahaya dari telefon akan membuatkan otak menganggap ia cahaya waktu siang maka badan tidak dapat mengeluarkan serotonin yang cukup sekaligus sukar untuk tidur. 

2. Makan berat sebelum tidur

Amalan makan lewat malam juga memberi kesan kepada badan, sukar untuk tidur malam dan ini akan menganggu kualiti tidur anda. 

3. Tempat tidur tak selesa

Penting untuk ada tempat tidur yang selesa bagi membantu anda mudah tidur lena. Kebanyakan apabila berubah tempat tidur atau tempat tidur baru membuatkan anda rasa tidak selesa dan sukar untuk tidur.

4. Bilik cerah

Yang bilik tidur cerah atau ada lampu juga menyukarkan anda untuk lena. Sebaiknyak pastikan bilik tidur atau persekitaran tidur anda malap dan gelap.

5. Tekanan

Tekanan atau bila berfikir banyak dan macam-macma fikiran juga boleh menganggu tidur anda. Cuba elak untuk berfikir terlalu banyak sebelum tidur dan rehatkan fikiran biar tenang. 

6. Kafein

Ada orang suka mengambil kafein kerana ia mudah untuk berjaga pada waktu malam sehingga menjadi kebiasaan. Lama-lama badan akan biasa dengan kafein. Tapi kesannya kafein boleh menyebabkan sesetengah orang sukar tidur lena malam. Sebaiknya elak minum kafein 5-6 jam sebelum tidur.

7. Bekerja malam

Ada orang bekerja syif malam jadi keadaan ini menyebabkan badan sukar untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. Kesannya malam susah untuk tidur dan menyebabkan badan lebih cepat letih dan lesu. 


Itulah antara 7 punca dan sebab kenapa susah untuk tidur lena malam. Bila dah tahu punca lebih mudah untuk mengatasi masalah sukar tidur lena malam. 


Baca juga:

Vitamin dan Mineral bantu tidur lena

7 cara atasi masalah sukar tidur malam

Kesan buruk kurang tidur malam





Post a Comment

2 Comments