Suplemen Untuk Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Set Kolesterol Shaklee. Suplemen untuk menurunkan kolesterol tinggi dalam darah. Sekarang ramai yang ada masalah kolesterol tinggi dalam darah tak kira tua atau muda. Salah satu puncanya pemakanan harian yang ada bermacam-macam. Sebelum itu Gee nak terangkan dulu info pasal kolesterol.

Suplemen Untuk Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah


Apakah kolesterol?

Kolesterol ialah komponen sterol yang penting dalam metabolisme dan penghasilan hormon. Ia bergerak sekali dengan aliran darah kita sebagai lipoprotien. 

Jenis-jenis kolesterol

1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.

Jenis kolesterol

2. Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Sebab itu penting untuk mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah. Paras kolesterol yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan risiko strok, jantung, penyempitan arteri dan darah tidak dapat mengalir dengan baik.

Kolesterol juga memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Kebaikan kolesterol untuk kesihatan:
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu
  • Membantu metabolisme vitamin larut lemak
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf
  • Membina dan menjaga membran sel dengan mengelak pengkritalan hidrokarbon dalam membran
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kartikosteron dan sebagainya.

Bahaya kolesterol tak terkawal

Kolesterol yang tidak dikawal berisiko untuk diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. 

Lama-lama, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya.


Cara mengawal paras kolesterol tinggi dalam darah
  • Elak mengambil gula putih dan apa-apa gula dalam makanan dan minuman seperti kordial, air bergas, coklat, makanan segera.
  • Elak makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti nasi, roti putih, makanan berasaskan tepung gandum seperti kuih-muih.
  • Elak makanan kaya dengan asid lemak trans (marjerin, krimer)
  • Elak minum kopi bercampur gula secara berlebihan 
  • Buat Aktiviti fizikal seperti bersenam, berjalan, turun naik tangga
  • Elakkan merokok

Supplemen untuk menurunkan kolesterol 
Bagaimana suplemen Shaklee membantu mengawal kolesterol dalam darah?

Set Kolesterol Shaklee

Di Shaklee, ada beberapa jenis cadangan suplemen yang boleh membantu mengawal dan menurunkan masalah kolesterol tinggi.

1. Omega Guard 

Omega Guard shaklee untuk kolesterol

Omega Guard kaya dengan asid lemak omega 3 yang diperlukan badan termasuk EPA & DHA. Malangnya badan tidak mampu menghasilkan sendiri asid lemak perlu ini, sebab itu kita mengambil dari sumber makanan dan juga supplemen.

Manfaat Omega Guard untuk kolesterol
  • merendahkan kolesterol jahat, LDL
  • memelihara tekanan darah, paras trigliserida dan kolesterol yang normal
  • membersih saluran darah
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular
  • mengelak masalah darah beku dalam badan

    2.  Lecithin 

    Lecithin shaklee untuk turunkan kolesterol

    Lecithin juga berperanan penting dalam mengawal paras kolesterol. Lecithin digelar sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia melekat pada lelemak. Lecithin akan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran. Hakikatnya Lecithin sangat penting kepada tubuh tetapi ia tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Dan yang bestnya Lecithin Shaklee adalah daripada soya non-GMO. Soya adalah sumber lecithin yang paling berkhasiat dan bebas kolestrol.

    Antara manfaat Lecithin untuk kawal kolesterol adalah :
    • Bertindak sebagai pembersih salur darah
    • Memecahkan lemak dan kolesterol
    • Membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh
    • Menggalak peredaran darah

    3. Vitamin C 

    Vitamin C shaklee untuk kolesterol

    Satu lagi vitamin yang penting ialah Vitamin C. Biasanya Vitamin C terkenal dalam dunia kecantikan. Tapi Gee baru tahu juga vitamin C sebenarnya sangat bagus untuk menurunkan kolesterol jahat, LDL.

    Kebaikan Vitamin C untuk kolesterol
    • Membantu dalam metabolisme kolesterol dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids). Jadi ia dapat mengurangkan kendungan kolesterol dalam darah sekaligus mencegah batu karang dalam pundi hempedu.
    • Menambah kolesterol baik, HDL.
    • Mencegah atherosclerosis, mendapan kolesterol pada dinding dalur darah.

    4. Alfalfa Complex 

    Alfalfa shaklee untuk kolesterol

    Alfalfa merupakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian. Ia mengandungi Vitamin A, C dan E serta asid lemak, kalsium, protien, potasium, fosforus, serat dan zat besi.

    Kebaikan Alfalfa untuk masalah kolesterol 
    • Mengawal paras kolesterol dalam badan.
    • Menyingkirkan lemak dan kolesterol . kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
    • Mengandungi seponin yang bertindak sebagai span yang akan menyerap dan menyingkirkan lemak lemak kolesterol yang telah terurai keluar dari badan.

    5. Vivix 

    Vivix shaklee untuk kolesterol

    Dan produk Shaklee yang paling terbaik untuk kesihatan menyeluruh ialah Vivix Shaklee. Satu satunya supplemen shaklee dalam bentuk cecair yang mudah ditelan dengan rasa masam masam manis. Hanya 1 sudu sehari pelbagai manfaat dan kebaikan anda perolehi.

    Kandungan resveratrol dalam Vivix didapati dapat membantu mengurangkan pengoksidaan kolesterol jahat, LDL, jumlah kolesterol dan risiko penyakit kardiovaskular.


    Itulah cadangan suplemen dan vitamin yang boleh membantu menurunkan kolesterol tinggi dalam darah. Jika ada masalah kolesterol bolehlah mencuba nanti. Jangan biarkan masalah kolesterol tinggi dalam badan. Berisiko dan berbahaya untuk jangka masa panjang. 



    Baca juga: 



    10 cara mudah menurunkan kolesterol tinggi 





    Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Set Kolesterol Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .




    Post a Comment

    10 Comments

    1. Yess betul, Saya dah amalkan makan vitamin C Shakelee yang dekat atas tu.. risaulah musim2 covid nih

      ReplyDelete
    2. In Shaa Allah suplemen ni sangat2 berbaloi untuk kita amik perut pun jadi rata.

      ReplyDelete
    3. Shaklee ni bagus juga brandnya, sbb mcm mcm produk ade jual.

      ReplyDelete
    4. Bagus semua supplement ni.
      Kak pip ambil lecithin, baik untuk badan lagi2 kalau nak maintain berat badan.

      ReplyDelete
    5. Dalam byak2 produk shaklee.. pernah cuba vit C dan ESP tu saja.. Sejak pindah johor lupa pula nak bawa Vit C .. Time2 musim penyakit skrg nie mmg kena ambil supplemen juga..

      ReplyDelete
    6. Menariknya set kurangkan kolesterol ni. Antara masalah kak net yang suka tak jaga makan ni.. asal nampak suka.. makan. Mana kolesterol yang berbahagia dalam badan. hihi.

      ReplyDelete
    7. Omega guard mmg tak pernah putus kat umah ni

      ReplyDelete
    8. Kolesterol ni xleh buat main². Senyap² membahayakan.

      ReplyDelete
    9. Kolestrol ni orang cakap pembunuh senyap kan? Terbaik shaklee ada produk yang membantu depa yang ada masalah kolestrol tinggi..

      ReplyDelete