10 Manfaat Berpuasa Untuk Kesihatan

Puasa ada banyak manfaat untuk kesihatan. Tapi kebanyakan kita berpuasa sekadar untuk mengikut tuntutan agama. Ada juga yang memang sedia tahu ia baik untuk badan kita. Kalini Gee akan kongsikan apa kebaikan berpuasa pada kesihatan badan kita.

Manfaat Berpuasa Untuk Kesihatan

Manfaat puasa untuk kesihatan

1. Puasa membantu menurunkan berat badan

Bila berpuasa kita tidak makan lebih dari 10 jam sehari. Waktu makan hanya pada waktu sahur dan berbuka. Dan ini amat membantu mereka yang nak menurunkan berat badan. Tapi ada yang juga naik berat badan. Yang penting hendaklah mengawal pengambilan makanan ketika waktu sahur dan berbuka.

2. Puasa membantu kawal gula dalam darah

Bila berpuasa, kita kurang makan dan ini boleh membantu mereka yang ada penyakit diabetes. Dengan berpuasa, bukan saja paras gula dalam darah menurun, malah tekanan darah juga menurun. 

3. Puasa bagus untuk otak

Puasa juga baik untuk otak dan meningkatkan tahap tumpuan kita. Bila berpuasa, perut kosong kita cenderung untuk lebih fokus dalam sesuatu perkara. Sebaliknya, apabila perut penuh lebih mudah rasa mengantuk dan ini menganggu fokus dan tumpuan kita. 

Puasa juga membantu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit Alzheimer, Parkinson dan mudah lupa. 

4. Puasa meningkatkan sistem imun badan

Semasa kita berpuasa seharian, badan akan menerima radikal bebas lebih sikit dari biasa sebab tidak banyak makanan masuk dalam badan. Pada masa inilah badan dapat berehat dan proses pencernaan berjalan dengan lebih baik. Kesannya, sistem imun badan dapat bekerja lebih efisien dan menjadi lebih kuat untuk melawan sebarang jangkita. 

5. Puasa bagus untuk mengawal atur pola makanan

Bagi yang jenis suka makan, kerap makan dan makan tidak teratur bolehlah menggunakan bulan puasa dengan sebaiknya untuk mengawal kembali pola makanan harian termasuk memilih makanan yang sihat dan baik untuk tubuh badan. 

6. Puasa mengurangkan kolesterol

Puasa mampu mengurangkan kadar LDL, kolesterol jahat dalam darah. Untuk yang ada masalah kolesterol tinggi boleh memanfaat sebaiknya puasa ini. Caranya mengawal pengambilan makanan ketika sahur dan berbuka puasa. Pilih makanan yang sihat, lebihkan sayur dan buah, kurangkan meminum minuman manis dan kuih muih. 

7. Puasa bagus untuk detoks badan

Semasa berpuasa, perut akan mengeluarkan segala bahan toksin yang tidak diperlukan dan disingkir dari badan melalui proses detoksifikasi badan. Apabila banyak toksin dalam badan ia boleh mengganggu fungsi badan kita. Gunakan waktu puasa ini sebagai langkah terbaik untuk detoks badan kita. 

8. Puasa meningkatkan metabolisme badan

Bila berpuasa, badan kita tidak makan minum dalam masa lebih dari 10 jam. Jadi, sistem pencernaan akan berehat sekejap. Secara tidak langsung. Metabolisme badan juga boleh berfungsi dengan lebih baik untuk membakar kalori dan lemak yang berlebihan masa berpuasa. 

9. Puasa melatih diri lebih berdisiplin

Masa bulan puasa, kita lebih teratur waktu makan dan bangun awal setiap pagi untuk bersahur. Sebulan berpuasa, sebulan juga masa kita lebih disiplin untuk bangun awal setiap hari. 

10. Puasa melawan nafsu

Dalam islam, puasa membantu melawan nasfu seperti nafsu makan, nasfu untuk melakukan apa saja yang tidak baik. Bila teringat kita tengah berpuasa, automatik terus berhenti untuk buat perkara yang dilarang. 


Rupanya ada banyak manfaat berpuasa untuk kesihatan kita. Gunakan waktu berpuasa ini dengan baik untuk membantu menambah baik dan membentulkan semula sistem badan kita. Puasa juga membantu diri kita menjadi lebih baik. 


Baca juga:

Manfaat Set Puasa Shaklee







Set puasa untuk ibu hamil dan menyusu





Post a Comment

0 Comments