5 Cara Mencegah Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja

Cara mencegah penularan covid-19 di tempat kerja. Kita dapat lihat setiap hari kes makin meningkat tapi orang ramai tetap boleh ke sana sini dan pergi bekerja setiap hari. Tiada lagi halangan atau PKP seperti tahun lepas. 

Cara Mencegah Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja

Apa perlu anda buat untuk mengurangkan penularan covid-19? Kalini Gee ingin kongsikan beberapa tips untuk anda semua terutama untuk yang bekerja luar setiap hari. 

5 Cara Untuk Mencegah Penularan Covid-19 di Tempat Kerja

1. Amalkan kebersihan dan mematuhi SOP yang ditetapkan di tempat kerja
  • Imbas aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke tempat kerja.
  • Sentiasa memakai pelitup muka / mask di tempat kerja.
  • Elak berjabat tangan dengan rakan sekerja.
  • Menjaga jarak sesama rakan sekerja.
  • Kerap menjaga kebersihan tangan. Boleh mencuci menggunakan air atau hand sanitizer.
  • Jika batuk atau bersin gunakan tuala ataupun tisu dan jarakkan dengan orang lain.
  • Elakkan tempat sesak di lif, surau atau mana-mana tempat di tempat anda kerja.
  • Sentiasa membersih permukaan seperti meja tombol pintu kerusi atau apa sahaja bagi mencegah penularan virus.

2. Hadkan perjumpaan fizikal
  • Jika kes tinggi boleh gunakan persidangan dalam video atau online seperti menggunakan zoom atau google meet. 
  • Tangguhkan lawatan kerja yang kurang penting.
  • Boleh amalkan waktu rehat secara bergilir di tempat kerja. 

3. Pengudaraan yang baik
  • Ikut kesesuaian di tempat kerja, boleh membuka tingkap untuk mendapatkan udara yang bersih dan semulajadi.

4. Jangan ke tempat kerja jika;
  • Anda didapati positive covid-19.
  • Anda contact rapat atau ahli keluarga disyaki atau telah positive covid-19.

5. Buat ujian kendiri setiap hari 
  • Ia untuk memastikan semua orang bebas dari covid-19. Boleh beli awal kit ujian kendiri covid-19.
  • Ia sebagai satu langkah awal untuk mengelak terkena covid atau mengurangkan penularan di tempat kerja anda. 

Moga kita semua dijauhkan dari terkena covid-19. Sentiasa menjaga SOP dan diri setiap masa.




Baca juga: 




Post a Comment

6 Comments

  1. Dkat ofis mama sy mmg ketat sop.. Even batuk atau demam sikit saja trus d'suruh cuti,, kalau x cuti pun kena bwat test sendiri

    ReplyDelete
  2. Bukan senang kan nak jaga SOP ni, kecuali pentadbiran tu sendiri yg betul2 ketatkan SOP.
    Semoga semua terhindar daripada Covid ni. Jaga diri, ikut SOP.

    ReplyDelete
  3. SOP memang mainkan peranan yang penting, kiranya kalau kita ikut SOP kita dah pun berusaha untuk diri sendiri untuk lawan covid19 tu, tapi kalau dah jaga SOP betul-betul,dah vaksin semua tapi kalau kena jugak, time tu tawakal je la, at least kita dah cuba sehabis baik

    ReplyDelete
  4. Sop bukan sennag nk jaga, risau masing masing sama lalai

    ReplyDelete
  5. Tq gee untuk tips yang gee share ni. Yang penting sentiasa beringat dengan keadaan semasa kita sekarang.

    ReplyDelete
  6. Sangat setuju, memang kena berhati-hati di tempat kerja sebab lately ni ramai yang terkena positif covid di tempat kerja dorang.

    ReplyDelete