8 Tips Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

Tips berpuasa untuk pesakit gastrik. Apabila tiba bulan ramadhan, sudah menjadi kewajipan kita untuk berpuasa. Bagi yang ada sakit gastrik, satu cabaran buat mereka kerana risau gastrik menyerang bila berpuasa. Kalini Gee ingin berkongsi tips-tips untuk berpuasa bagi yang ada sakit gastrik. 

Tips Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

Ketahui cara dan tips yang boleh diamalkan oleh pesakit gastrik supaya dapat berpuasa dengan mudah dan sihat. 

8 Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gastrik 

1. Mesti bersahur

Setiap pagi anda kena bersahur dan isi perut kosong pagi masa makan sahur. Jangan sesekali tinggalkan makan bersahur. 

2. Elak tidur lepas brsahut

Apabila anda tidur lepas makan sahur ini boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati atau asid refluks iaitu asid di dalam perut naik ke atas saluran esofagus. Ini membuatkan anda rasa tidak selesa masa berpuasa. 

3. Makan ubat yang diberikan doktor

Jika anda ada mengambil ubat gastrik yang diberikan doktor, sebaiknya makan ikut waktu yang ditetapkan. Jangan sesekali skip makan ubat. 

4. Segera berbuka puasa 

Apabila masuk waktu berbuka puasa, segera makan. Elakkan sikap lambat berbuka puasa. Contoh, walaupun anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas masa berbuka, boleh sedia awal makanan atau minuman untuk berbuka dengan sedikit makanan.

5. Elak makan banyak masa berbuka

Masa berbuka puasa, normal untuk makan banyak kerana perut lapar setelah seharian tak makan. Tapi sebaiknya makan dulu sedikit untuk mengelak perut terkejut. Boleh berbuka dulu dengan segelas air dan makan kurma. Kemudian, solat maghrib dulu. Lepas itu anda boleh sambung makan. 

6. Elak makanan yang boleh memburukkan sakit gastrik

Bagi yang ada gastrik sebaiknya elak makanan yang tidak sesuai untuk perut gastrik anda seperti makanan pedas, masam, berminyak atau bergoreng. Elak juga minuman yang bergas. 

7. Elak makan sebelum tidur

Sebaiknya makan paling lewat 2-3 jam sebelum tidur. Biasa bulan puasa ramai makan lewat malam atau moreh makan kuih-muih. Bagi yang ada sakit gastrik anda kena makan lebih awal untuk kesihatan perut anda. 

8. Ambil suplemen untuk gastrik

Bagi yang ada gastrik, anda boleh mengambil suplemen tambahan untuk membantu gastrik. Misalnya suplemen protein bagus untuk perut. Protein membantu membaiki sel-sel dalam badan dan ia mudah dihadam. Misalnya, protein ESP dari kacang soya mudah dihadam, cepat kenyang dan ada asid amino untuk kesihatan sel di perut dan sel badan anda. 


Moga tips dan cara ini membantu mereka yang ada gastrik tapi nak berpuasa penuh pada bulan ramadhan. Selamat berpuasa. Moga gastrik anda cepat elok dan sembuh. 


Baca juga:






Kebaikan makan 3 biji kurma




Post a Comment

15 Comments

  1. Alhamdulillah x pernah kena gastrik masa puasa. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dalam menunaikan amanah

    ReplyDelete
  2. Walau pun ada gastrik, tiada alasan untuk tidak berpuasa pada bulan ramadan

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. Memang akan make sure sahur dengan makanan mengenyangkan

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah belum pernah dapat gastrik tapi bila dah makin berumur ni,memang perlukan something untuk pastikamn terus bertenaga.ESP mest ada

    ReplyDelete
  5. Elok sangat nih .. yg tak gastrik pun boleh get ready

    ReplyDelete
  6. Tip no.5 tu mampukah kak net buat.. hahaha. Tapi sejak dah oldskool ni kak net perasan, makan pun dah tak banyak dah. InsyaAllah boleh cuba tahun ni..

    ReplyDelete
  7. Saya pun gastrik juga. Tapi bila puasa elok saja Tak gastrik
    Biasanya time buka puasa, Saya minum air suam dulu, then tak ambil makanan yg x berminyak.
    Org gastrik Ni, kena berpantang makan la juga.

    ReplyDelete
  8. Sejak atul berpuasa dengan protein Shake Shaklee, Alhamdulillah takde masalah lapar di petang hari. hehe btw tq untuk tips ni. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  9. Dah dekat nak puasa nih kena get ready apa-apa tips untuk diamalkan bagi yang ada sakit kena take noted awal2 tq sharing

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing. Untuk yg gastrik tu, bolehlah alerrt sbb puasa dh tak lama dah.

    ReplyDelete
  11. Tips yang sangat berguna .. ni dah dekat nak puasa dah ni kan... Bagi yang ada penyakit ni dah boleh bersiap sedia. kalau yang dah biasa mungkin dah tahu nak buat apa.

    ReplyDelete
  12. saya x de gastrik cuma rasa haus berpanjangan kerana diabetes... Alhamdulillah..setakat ini masih berjaya menghadapinya...

    ReplyDelete
  13. Casino Review 2021
    A 강친닷컴 complete 무료슬롯머신 review of the casino's games, including the welcome bonuses, games, software providers and customer service. melbet Casino rating Payout Speed: 92%Is the Casino pci 슬롯 Mobile friendly?Does 메이저사이트 추천 the Casino Desktop work?

    ReplyDelete