Ketahui 7 Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

Untuk merawat gastrik kita kena tahu dulu apa punca yang menyebabkan gastrik berlaku. Bila dah tahu punca, jadi lebih mudah untuk kita mengawal atau mencegah gastrik datang menyerang. 

Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

Apakah gastrik?

Gastrik adalah apabila dinding permukaan dalam perut terhakis disebabkan oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Apabila kita lapar, perut akan mengeluarkan asid gastrik. Sebab itulah kita digalakkan makan tepat pada waktunya dan elak berlapar. Jika dibiarkan perut kosong dan lambat makan, makan asid ini akan bertindak untuk menghakis dinding permukaan dalam perut kita. Bila dibiarkan, lama-lama gastrik akan muncul. 

Apakah punca yang menyebabkan gastrik?
Kenali 7 Punca Gastrik Yang Kita Perlu Tahu

Punca gastrik #1 Makanan Pedas
Makanan pedas boleh membuatkan lebih banyak rembesan asid untuk mencernakan makanan di dalam perut. Jika perut dibiasakan dengan makanan pedas lama-lama akan mengeluarkan lebih banyak asid gastrik dan ini boleh membawa kepada masalah gastrik. 

Punca gastrik #2 Jangkitan bakteria H.Pylori 
Bakteria jenis ini boleh membuatkan dinding perut luka (gastrik ulser).

Punca gastrik #3 Minuman kafein
Bagi penggemar minuman kafein perlu berhati-hati kerana kafein boleh mengeluarkan lebih banyak rembesan asid perut. Ditambah dengan suka lewat makan, lama kelamaan boleh membawa kepada gastrik. 

Punca gastrik #4 Makanan masam
Ada orang suka makanan makanan masam sebab sedap dan menyelerakan. Tapi sebenarnya ia boleh meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut kita. Jika dah adaa gastrik kena kurangkan atau elak makanan masam. Bagi yang suka makanan masam kena kawalkan pengambilan untuk elak gastrik datang.

Punca gastrik #5 Makanan berminyak atau berlemak
Biasanya makanan jenis berminyak dan berlemak sukar atau lambat untuk dihadam. Ini boleh membuatkan perut merangsang lebih banyak asid ke dalam perut kita. Bagi yang ada gastrik kurangkan pengambilan makanan jenis ini. 

Punca gastrik #6 Stress 
Tahukah anda, apabila kita stress ia boleh memberi kesan secara tak langsung kepada perut. Kesannya perut akan mengeluarkan lebih banyak asid. Kawal stress dengen baik dan cuba elakkan. 

Punca gastrik #7 Ubat-ubatan 
Terutama ubat jenis tahan sakit iaitu non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Elak guna secara berterusan. Jika terlalu kerap mengambilnya boleh menghakiskan dinding perut dan lama-lama makin menilis dinding perut. Jika nak mengambil ubat jenis ini sebaiknya ikut saranan doktor. 


Itulah antara punca-punca yang boleh membawa kepada masalah gastrik. Apabila dibiarkan boleh menyebabkan anda diserang gastrik. Sekarang anda sudah tahu punca maka lebih mudah untuk memgawal atau mengelak dari awal. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Rupa2nya stress pun punca gastrik. Baru tau. Thank 4 info

    ReplyDelete
  2. Saya dapat gastrik dulu selain dari tak makan, sebab stress jugak

    ReplyDelete