Cara Hilangkan Darah Beku Hitam Di Jari Kaki

Cara berkesan atasi darah beku dan jitan pada jari kaki. Pernah dulu berlaku pada Gee sendiri iaitu kuku jadi hitam. Risau juga. Apa sebenarnya yang berlaku? Jom kita amik tahu dulu.

Cara Hilangkan Darah Beku Hitam Di Jari Kuku Kaki

Hematoma subungual adalah sekumpulan darah di bawah kuku, samada pada jari tangan atau jari kaki. Masalah pada kuku ini berlaku apabila kaku atau jari tercedera lalu merosakkan pembuluh darah terbuka di bawah kuku. Akibatnya, darah berkumpul dan terperangkap di satu titik dan menghasilkan kuku berwarna hitam. Macam mana cara nak menghilangkan darah beku dan kuku hitam ini? 

Tanda-tanda dan Simptom Darah Beku Di Kuku 

  • Warna kuku menjadi kemerahan atau ungu yang berubah menjadi coklat gelap dan kemudian kehitaman.
  • Ada rasa sakit berdenyut kerana tekanan darah yang terkumpul di bawah kuku.
  • Kuku terasa sakit apabila disentuh.
  • Rasa sakit biasa akan reda beberapa hari selepas kecederaan.

Cara Menghilangkan Darah Beku dan Hitam di Jari Kaki

Sebenarnya kita boleh membiarkan ia begitu saja kerana kuku akan kembali seperti asal kemudian nanti tapi dalam masa 2-3 bulan. Sebabnya isi di bawah kuku kita boleh tumbuh baru dan menolak kulit mati keluar. Lama-lama darah beku dan kuku hitam tadi boleh hilang sendiri. 

Yang penting jangan menganggu jari kuku yang hitam tadi, biarkan ia tumbuh sendiri. Jika jari kuku panjang potong macam biasa. 

Cara tambahan yang anda boleh mencuba ialah mengambil suplemen untuk kuku. Ni cara Gee buat sebab pernah kena jari kuku kaki hitam akibat memakai kasut ketat. Gee ambil suplemen untuk kuku bagi kuku tumbuh sihat dan cantik. 

Vitamin Untuk Kuku Cantik dan Sihat 

1-Vitamin B 
  • Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kuku kering dan gelap. 
  • Asid folik atau B9 pula penting untuk kuku tumbuh dengan sihat kerana ia menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan pertumbuhan sel-sel baru. 
  • Biotin atau B7 membantu sel tumbuh dengan sihat dan ia penting untuk metabolisme asid amino yang mana ia membina protein yang penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat dan berkilat.

2-Omega 3 - membantu melembapkan kuku dan memberikan rupa kuku yang berkilat.

3-Protein 
Membantu meningkatkan pengeluaran keratin untuk kuku yang kuat. Keratin adalah sel mati dalam badan yang dikumpulkan seterusnya ditolak keluar bagi membentuk sel-sel kuku. Tu sebab bila potong kuku anda tak rasa sakit sebabnya sel dah mati.

4-Zat besi
Kuku rapuh / mudah pecah antara sebab atau tanda badan anda kekurangan zat besi. Ambil zat besi yang cukup untuk pastikan sel-sel dapat bekalan oksigen yang cukup kerana ia penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat.

5-Zink
Banyak muncul bintik putih pada kuku adalah tanda badan anda kurang zink. Tingkatkan makanan yang ada zink seperti coklat gelap, kacang tanah dan ayam belanda. Zink sangat penting kerana ia penting untuk lebih 200 mekanisma badan termasuk pertumbuhan kuku yang sihat. Kuku kan sangat cepat tumbuh baru jadi anda kena dapatkan zink yang cukup setiap hari!

Set Kuku Shaklee 
Suplemen Shaklee membantu kuku hitam yang rosak agar tumbuh baru dan sihat.

Set Kuku Shaklee

Itu cadangan vitamin yang bagus untuk kuku sihat. Gee sendiri juga memang ada mengambil untuk kuku. 

Pengalaman Gee dulu bila jari kuku kaki ada darah beku dan jadi hitam memang gelabah juga. Rimas mata tengok kuku hitam hihi. Tapi nak tak nak kena sabar bagi masa untuk kuku tumbuh baru. Sambil tu Gee makan suplemen untuk kuku, menjaga kebersihan kuku kaki juga. Jika boleh nak kuku tumbuh brau dengan cantik. 



Baca juga;






Berminat untuk dapatkan suplemen Shaklee untuk kuku cantik sihat, anda boleh terus hubungi Gee di 013 570 7812 atau klik gambar untuk pautan segera whatsapp. 






Post a Comment

1 Comments

  1. While in a card game, the wager is that you'll win the hand or game, or in roulette, you try to guess the number and shade the place the ball will land. Betting on a specific staff to win a game is essentially the most fundamental form of sports betting. The tax rates states have imposed on sports betting differ widely . In Pennsylvania, the state will get greater than a 3rd of all revenues and some of the states with lottery-run operations 1xbet korean take half of the entire revenue or more.

    ReplyDelete