Ketahui Gejala dan Simptom Long Covid

Apakah Long COVID? Long covid adalah satu keadaan yang dialami bekas pesakit COVID-19 sebaik saja sembuh dari jangkitan COVID-19. Gejala ini biasanya akan berterusan dalam tempoh 12 minggu atau lebih lama bergantung pada badan masing-masing. 

Ketahui Gejala dan Simptom Long Covid
Gejala dan simptom long Covid


Keadaan long COVID ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 di mana virus COVID-19 telah mengganggu fungsi pelbagai organ dalam tubuh badan kita. Organ yang terganggu atau tercedera kesan dari virus COVID-19 ialah jantung, paru-paru, otak, kulit, buah pinggang dan perut. 

Orang berumur dan mereka yang ada penyakit serius kebanyakannya mengalami simptom long covid. Tapi terdapat juga yang masih muda dan sihat juga merasa tidak sihat sepenuhnya selepas sembuh dari jangkitan virus COVID-19. Gejala Long COVID ini boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan boleh jadi ia bergejala ringan atau bergejala serius.

Gejala dan Simptom Long COVID

Gejala paling kerap dialami bekas pesakit COVID-19
  • Mudah rasa letih dan lesu
  • Sukar untuk bernafas bila melakukan sesuatu aktiviti 
  • Kerap batuk
  • Rasa resah gelisah
  • Sukar untuk tidur malam
  • Hilang deria bau dan rasa
  • Sakit dada 
  • Mudah demam selsema 

Kesan Long COVID pada Pernafasan
  • Batuk 
  • Sukar untuk bernafas 

Kesan Long COVID pada Otak
  • Sakit kepala
  • Rasa pening
  • Tidur tergangggu
  • Lemah ingatan
  • Kurang fokus dan daya tumpuan 
  • Kecelaruan 

Kesan Long COVID pada Psikologi
  • Kemurungan 
  • Resah gelisah 

Kesan Long COVID pada Jantung
  • Rasa berdebar
  • Sakit dada
  • Rasa sesak dada

Kesan Long COVID pada Otot/Tulang
  • Sakit sendi 
  • Sakit otot

Kesan Long COVID pada Kulit
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga 
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Ruam di telinga, hidung, tekak
  • Tinnitus (bunyi di telinga) 

Kesan Long COVID pada Gastrousus
  • Loya
  • Cirit birit
  • Hilang selera makan
  • Sakit abdomen 
  • Anoreksia

Ada banyak gejala long COVID yang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Oleh itu, buat bekas pesakit COVID-19, jagalah kesihatan baik-baik. Jika gejala ini terlalu lama berlaku dan lebih dari tempoh 3-6 bulan, segeralah berjumpa doktor. 











Post a Comment

6 Comments

  1. mama la tu salah sorang yg terkena long covid huhu

    ReplyDelete
  2. yang dah kena jer tau .. apa tu long covid ... ade yang sampai lemah badan tak sama dengan sebelum kena covid

    ReplyDelete
  3. Scary juga kesan long covid ni kan. Semoga kita semua amalkan gaya hidup sihat dan pilih pemakanan yg baik , semoga membantu mengoptimakan tahap kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Saya bekas pesakit covid yang mempunyai simptom long covid... Alhamdulillah dah pulih sekarang memang sistem imun sgt lemah.. masa tu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Atul dah berasur lega dari post covid ni. syukur sangat². Masa awal2 dulu rasa jugak bila berjalan pakai mask, sekarang jalan pakai mask, InsyaAllah takde masalah

    ReplyDelete