10 Kesan Stress Kepada Kesihatan
Kalini Gee kongsikan ada 10 kesan buruk stress yang boleh memudaratkan kesihatan badan kita. Jom teruskan baca.
1. Kulit - masalah jerawat kerap naik kesan daripada stress.
2. Sistem imun badan - boleh menurun bila badan terlalu stress dan menyebabkan proses penyembuhan lambat berlaku.
3. Kepala - stress juga menyebabkan mood kita berubah, rasa marah, depresi, sedih, hilang selera nak makan juga, sakit kepala, dan boleh terkena serangan panik.
4. Sistem pembiakan juga terkesan akibat terlalu stress. Misalnya kurang penghasilan sperma bagi lelaki, sakit masa datang bulan bagi wanita dan mengurangkan 'sex drive'.
5. Susah tidur atau insomnia akibat stress. Bila stress datang kita jadi sukar nak tidur sebab bermacam perkara yang difikir kan?
6. Gastrik dan ulser - Stress juga boleh menganggu sistem penghadaman termasuk gastrik dan ulser. Sebabnya bila badan kita stress, asid lebih banyak dikeluarkan. Jadi, kita kena pandai kawal stress agar tak murung dan marah melampau.
7. Kencing manis - Bila badan stress juga boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkatkan dan berisiko untuk mendapat penyakit diabetes. Bagi yang sudah ada kencing manis kena berjaga-jaga kawal stress boleh memburukkan lagi penyakit tu nanti. Sama-sama kita jaga sama ok.
8. Asma - Bagi yang ada asma dan kerap stress akan mudah diserang lelah sebab sistem imun badan menurun.
9. Sakit jantung dan stroke - 2 penyakit yang berbahaya dan stress boleh memberi kesan buruk lagi. Bila stress berlaku, asid lemak dalam darah dan kolesterol akan menutup dan menghalang saluran pembuluh darah. Tekanan darah juga meningkatkan. Kesannya lama-lama stress menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.
10. Jangkitan kuman dan infeksi - ni jarang Gee dengar stress boleh sebabkan jangkitan. Apa yang Gee, baca stress menyebabkan bahan-bahan 'catecholamines' seperti epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan ini yang boleh membuatkan sistem imun badan lemah dan berisiko untuk mendapat jangkitan kuman dan penyakit.
Kesimpulannya, kawal stress dengan baik. Bahaya kesan stress kepada badan kita dan berisiko dapat macam-macam penyakit.
Artikel berkaitan:
2 Comments
Betul tu. Kadang-kadang stress jadi penyebab perut tak sedap dan cirit-birit
ReplyDeleteKan.. macam2 ganggu badan kita
Delete