Kebaikan Vitamin B Complex Untuk Kawal Stress

Kebaikan Vitamin B Complex untuk kawal stress. Sering rasa stress dan tertekan? Cepat marah? Mungkin jugak badan korang ada kurang vitamin. Walaupun stress sebab benda remeh juga boleh mengubah mood dan emosi seharian kan? Jadi, kalini Gee nak kongsikan pasal vitamin untuk anti stress.

Kebaikan Vitamin B Complex Untuk Kawal Stress

Stress perlu dikawal dengan baik sebab kesan bahaya dan tidak baik untuk kesihatan badan kita. Baca sini 10 kesan stress untuk kesihatan.

Vitamin B = Penggalak mood semulajadi dan ia bagus untuk mengatasi stress!

Kajian oleh Swinburne University, Australia, pada tahun 2014 menunjukkan stress yang kronik boleh mengurangkan paras vitamin B6 di dalam badan kita. Satu lagi kajian tahun 2004, British Medical Journal, mendapati asid folik boleh membantu menaikkan mood. Dan kajian tahun sebelumnya, tahun 2003, oleh Swansea University menunjukkan dos tinggi vitamin B mungkin berkesan untuk menaikkan mood dan emosi.

Bagaimana Vitamin B membantu mengatasi stress? 

Setiap jenis vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu badan kita mengawal simptom stress. Jom Gee kongsikan fungsi setiap satu vitamin B ini. 

Vitamin B1 – thiamine
Ia membantu:
• menstabilkan mood
• memastikan sistem saraf sihat
• meningkatkan memori dan fokus

Vitamin B2 – riboflavin
Membantu:
• menenangkan sistem saraf
• kawal atur mood dan tenaga
• metabolisme lemak dan karbohidrat

Vitamin B3 – niacin atau niacinmide 
Membantu:
• menstabilkan mood dan emosi; paras vitamin B3 boleh membawa kepada stress, murung, mood berubah-ubah, kerengsaan.
• kesihatan sistem saraf
• kawal gula dalam darah dan penghadaman

Vitamin B6 – pyridoxine untuk stress
Membantu :
• menghasilkan neurotransmitters, seperti serotonin yang menaikkan mood
• meningkatkan sistem imun badan apabila tengah diserang anxiety
• menyokong fungsi adrenal

Vitamin B9 – asid folik untuk kawal stress
Membantu:
• menyokong fungsi otak yang betul 
• meningkatkan mood 
• mencegah kecacatan kelahiran semasa kehamilan, seperti spina bifida

Vitamin B12 – cyanocobalamin
Membantu:
• perkembangan dan fungsi otak
• pengeluaran melatonin dan serotonin, penting untuk mood dan tidur
• membuat DNA

Kebaikan Vitamin B Complex Untuk Kawal Stress


Best kan? Tiap satu vitamin B ni sangat penting untuk saraf, mood, kawal stress dan tekanan dalam badan kita. Tidak seperti vitamin yang lain, badan tak boleh menyimpan vitamin B ini. Maka, kita perlulah mengambil vitamin B dari luar seperti makanan dan suplemen. 


Vitamin B Complex Shaklee untuk mengawal stress

Suplemen vitamin B Complex yang lengkap dengan semua jenis vitamin B, jadi lebih mudah untuk diambil setiap hari. 

Vitamin B Complex Shaklee untuk Stress

Boleh makan vitamin B Complex ni setiap hari macam Gee lepas makan. Bukan untuk stress saja tapi bagus jugak untuk kulit, rambut, kuku, saraf, dan beri tenaga. 

Harga vitamin B Complex Shaklee RM68 120 biji. Makan sebiji sehari boleh tahan untuk 4 bulan. 



Artikel berkaitan:







Berminat untuk dapatkan vitamin / suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi Gee di 013 570 7812 atau klik gambar untuk pautan segera whatsapp.
 
Vitamin B Shaklee untuk stress


Rujukan:

1. Stough C, et al. Reducing occupational stress with a B-vitamin focussed intervention. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4290459/
2. Reynolds EH. Folic acid, ageing, depression, and dementia. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1123448/
3. Long SJ, Benton D. Effects of vitamin and mineral supplementation on stress, mild psychiatric symptoms, and mood in nonclinical samples: a meta-analysis. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23362497


Post a Comment

9 Comments

  1. oohh....boleh kurangkan stress rupanya vitamin b ni

    ReplyDelete
  2. Ohh wowo ...now learnt from your sharing here that Vit B complex actually can help with stress release, thanks for this useful info. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Banyak juga kebaikan vit b complex ini. Selalu ingat untuk tambah selera makan je :)

    ReplyDelete
  4. Saya bekalkan vitamin Shaklee untuk anak di asrama, termasuklah B Complex ni. Saya kata B Complex ni penting, skip makan vitamin nanti stress belajar keluar jerawat ibu tak tahu..hihi.

    ReplyDelete
  5. suka betul vitamin nih sekarang.. lebih pada kecantikkan kulit sebenarnya. hari2 makan bcomplex

    ReplyDelete
  6. Menarik pula kelebihan vitamin B complex ni. Sekarang ini pun bila ngadap pc lama sangat mau stress meningkat. Memang nak kena carilah ni gamaknya.

    ReplyDelete
  7. Nampak madam talk penting tapia saaangat diperlukan

    ReplyDelete
  8. B complex sgt bgs untuk yg stress..

    ReplyDelete