Vitamin Untuk Kawal Stress dan Emosi

Vitamin Untuk Kawal Stress dan Emosi. Kalini Gee nak kongsi pasal stress. Stress biasa berlaku setiap hari kepada manusia yang normal. Stress ialah cara badan bertindak balas lepas terjadinya sesuatu perkara samada permintaan yang berlebihan atau ancaman. Ia boleh berlaku dari segi emosi dan fizikal. Korang nak tahu lagi? Berdasarkan kajian pada tahun 2002 hampir 60% rakyat Malaysia menghadapi STRES.

Vitamin Shaklee Untuk Kawal Stress dan Emosi

Tanda -tanda stress

Dari segi fizikal 
  • Kering mulutGementar
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Cepat letih
  • Lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
Tanda Badan Stress


Dari segi Psikologi
  • Gelisah
  • Cepat marah
  • Lemah semangat
  • Bimbang
  • Kurang daya tumpuan
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
  • Resah
  • Bosan

Dari segi tingkah laku
  • Merokok berlebihan
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah
  • Masalah tabiat makan
  • Tingkahlaku agresif, buli dan vandalisme

Adakah korang stress?? Adakah setiap hari ada rasa stress?? Jangan dibiarkan stress kerana ia merbahaya untuk diri dan kesihatan diri kita. Stress boleh menganggu emosi, masalah tingkah laku dan perosaliti juga boleh berubah. 

Kesan Stress kepada kesihatan
  • Kemurungan
  • Angin ahmar (strok)
  • Kegagalan jantung 
  • Penyakit jantung koronori
  • Risiko diabetes - stress akan menyebabkan pankreas kurang menghasilkan hormon insulin, hormon penting yang memecahkan gula dalam badan.
  • Masalah insomnia, sukar untuk tidur malam akibat banyak berfikir.
  • Kesan kepada perut untuk mendapat ketumbuhan ulser atau keradangan gastrik. 

Bahaya juga kesan stress ini kan? Gee pun seram jugak bila dah tau ni. Lepas ini kenalah mengawal stress dengan baik. Semakin tinggi stress, semakin tinggi peluang untuk mendapat penyakit dan masalah kesihatan. 


Cara untuk mengawal stress dengan baik
  • Kenal pasti apa sebab dan punca stress berlaku. Cuba untuk selesaikan dengan baik dan terkawal.
  • Boleh berjumpa dengan pakar kaunseling.
  • Jaga makan minum yang sihat.
  • Buat aktiviti yang melibatkan kerohanian agar diri lebih tenang
  • Buat senaman secara berkala seperti berjalan kaki, berjoging.
  • Dapatkan tidur yang baik dan cukup.

Vitamin untuk kawal stress dan emosi 
Apa vitamin yang sesuai untuk membantu? Jom Gee kongsikan pada korang.  

Set Kawal Stress Shaklee

Vitamin Shaklee untuk kawal stress

   
1. Vitamin B Complex untuk kawal stress
Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 penting untuk kesihatan saraf. Dan ia amat membantu mengawal stress dan melawan simptom stress dalam badan. Vitamin B12 juga boleh mengawal mood / emosi terutama berkaitan dengan anxiety dan depression. 

Vitamin B juga membantu menurunkan simptom stress dengan merendahkan paras serum homocysteine (sejenis asid amino dalam badan berkaitan dengan stress dan jika ia tinggi berisiko untuk mendapat sakit jantung, dementia dan kanser usus). Rasa selalu stress rajin-rajin makan vitamin B Complex tiap hari tau. 

2. Vitamin C untuk kawal stress
Vitamin C ni biasa terkenal untuk sistem imun badan. Dan menariknya vitamin C juga penting untuk mengawal stress dan keseimbangan dalam sistem saraf. Terdapat satu kajian dalam Journal of Nutritional Biochemistry menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan tekanan dan stress. Jadi, lepas ni jom lah kita semua ambil suplemen vitamin C untuk menambah baik mood, stress dan mengurangkan tekanan atau anxiety. Badan sihat, kulit cantik dan emosi dalaman juga sihat!

3. Magnesium untuk kawal stress
Magnesium salah satu mineral penting untuk mengawal stress dan tekanan emosi termasuk fungsi otak dan otot. Ia membantu badan kita berasa tenang, relax dan kurang rasa emosi serta stress. 

4. Omega 3 untuk kawal stress
Yang best Omeg 3 ni lah sebab dapat membantu menstabilkan stres (hormon kortisol), mengurangkan tekanan emosi, mencegah insomnia dan mengurangkan kemurungan serta kebimbangan. Boleh makan setiap hari Omega 3 untuk kesihatan emosi korang nanti. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Good sharing Gee. Tengok harga bahan mentah naik memang boleh menambahkan stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu emang stress😂
      tq😘

      Delete