Berjaya Buat Intermittent Fasting (IF) Selama 18 Jam

Alhamdulillah dapat juga selesaikan IF 18 jam harini. Kira pertama kali buat lama macma ini. Macam best pulak hihi. Tak sangka boleh bertahan sampai 18 jam puasa. 

Berjaya Buat Intermittent Fasting (IF) Selama 18 Jam

Petang semalam gee mula buat awal iaitu jam 5.29 petang. Gee suka mula awal boleh puasa lebih lama lagi petang tu. 

Berjaya Buat Intermittent Fasting (IF) Selama 18 Jam

Tips Tahan buat IF Sampai 18 Jam tadi

Mula awal pagi tadi macam tak boleh je buat. Kisahnya Gee saja cuba minum Cinch Tea bagi tenaga. Sebab cinch tea ni kalori rendah dan tak ada gula, pemanis tiruan semua tu. Jadi bolehlah minum kan masa IF. Gee bancuh cinch tea ni dengan air sejuk segelas. Tambah ais kiub terus minum. Ok boleh gak lah terima. Walaupaun sebelum ni tak suka minum cinch tea gitu je haha. 

Lepas Gee minum Cinch Tea ni tadi kan, ok rasa boleh je teruskan sampai 18 jam. Perut rasa tak lapar dan badan masih bertenaga lagi. Almaklum pagi-pagi macam-macam kerja buat kat rumah ni kan. 

Baca sini >> Kebaikan Cinch Tea - yang best ada green tea 

Selain tu, korang pastikan rajin minum air kosong membantu tahan lapar juga.

Dan juga boleh buat kerja lain untuk larikan fokus fikir pasal lapar dan makanan. Macam menjadi juga Gee buat tadi. Boleh try! Hehe

Cinch Tea Shaklee untuk Intermittent Fasting

Untuk eating window atau berbuka puasa tu, Gee cuba tukar amik makanan yang lebih sihat dan berkhasiat. Gee minum segelas ESP. Atau jika ada Life Shake Elderberry boleh juga minum sejuk campur ais. Ni lagi sedap. 

Minum ESP jadi pilihan Gee sebab dia sedap bancuh sejuk, rendah lemak, tiada koleterol, ada vitamin B, kalsium, asid amino penting untuk badan. Dan cepat kenyang lepas minum tu tak rasa nak makan lain dah. 

ESP Shaklee untuk Intermittent Fasting


Kenapa perlu makan makanan sihat masa berbuka puasa (IF)?

Sebabnya bila badan kita berpuasa lama, sel-sel dalam badan juga ibarat lapar sama. Masa inilah sel-sel akan dapat menyerap semua nutrient atau makanan yang kita makan tadi dengan lahap dan cepat. Jadi sebab itu kita mesti amik makanan yang sihat dan seimbang.

Elakkan makanan dan minuman bergula, berminyak, bergaram, makanan segera, kuih muih ke. 

Macam Gee tadi ada minum protein ESP dan Elderberry Life Shake tu. Moga dapatlah serap semua vitamin minerals, protein dan prebiotik dengan baik hihi. Bawah ni Gee share lah kebaikan dia untuk korang. Baca kat sini pun boleh juga >> Kebaikan Life Shake ELderberry

Shaklee untuk Intermittent Fasting



Kita cuba buat IF versi sihat.
Moga dapat tubuh sihat selalu dan dapat beribadah dengan baik dan sempurna.

Jika ada yang nak buat IF tu boleh juga join Gee dengan kawan-kawan. Sama buat ramai-ramai lagi best tau. Semangat hehe. 






Post a Comment

0 Comments