Pengalaman Buat IF 40 Hari

Dah lama tak update blog baru harini dapat update. kalini Gee nak kongsikan pengalam sendiri buat IF, intermittent fasting selama 40 hari non-stop. Maksudnya Gee buat terus 40 hari tanpa skip.

Pengalaman Buat IF 40 Hari

Apa kesan dan pengalaman Gee dapat bila buat IF?

1. Yang utama sekali berat ada menurun. Pagini Sabtu 10 September Gee timbang berat dah kembali ke berat asal iaitu 42kg. Dulu masa PKP berat Gee banyak naik ke 49-50 kg. Gee tak boleh berat lebih 50 kg sebab akan jadi obes, tambah dengan ketinggian tak berapa tinggi juga, sebab tu kena jaga berat.

2. Tak makan malam. Yang ni dah macam jadi rutin, bila malam automatik tak rasa nak makan atau lapar setakat ni lah.

3. Jadi rajin minum air kosong. Tiap masa minum air walaupun sikit-sikit. Cara Gee buat, sediakan botol air sebelah, jadi boleh minum bila-bila. 

4. Makan jadi kurang maksudnya ada makan juga cuma perasan kuantiti makanan tu jadi sikit dah makan dah kenyang. Dan tak boleh makan banyak dalam jarak masa yang dekat. Mungkin sebab dah terbiasa puasa IF kan. 

5. Mudah tidur malam. Gee rasa macam lebih lena dan senang nak tidur. Biasa Gee akan makan Ostenutrix sebelum tidur untuk bantu tidur lebih lena dan senang bangun pagi tak sakit badan kan, tapi ada masa tu terlupa makan sebelum tidur. Biasanya akan rasa lah pagi tu lenguh badan tapi Gee perasa sejak buat IF macam dah ok sikit. 

Itu dia 5 efek dan pengalaman buat IF yang Gee dapat kongsikan. Yang utama sebenarnya Gee buat untuk tujuan kesihatan, untuk betulkan balik sistem dalam badan, bagi masa pada usus kita untuk berehat lepas dah makan banyak dan macam-macam kan?

Pengalaman Buat IF 40 Hari


Apa tips Gee buat IF ni tahan sampai lebih 40 hari?

  • Kena ada semangat yang kuat nak buat.
  • Niatkan untuk badan sihat, organ badan kita sihat.
  • Jika niat untuk kurus semata kadang boleh terkandas tengah jalan sebab kita fokus tengok berat sikit je turun kan? So fokus untuk kesihatan yang utama.
  • Gee juga ada minum protein shake ESP / Cinch Coklat / Life Shake. Ni yang banyak membantu utuk kenyang lebih lama. 
  • Pastu Gee juga minum Tea Mix ( gabungan green tea, white tea dan red tea). Bagus untuk kurangkan craving makan minum manis, bagi tenaga segera, rendah kalori, bantu naikkan metabolsime badan. Bagi suka minum kopi atau teh boleh cuba Tea Mix ni.
  • Satu lagi cuba kaji dan amik tahu kebaikan IF. Bila dan tahu terus rasa suka nak buat IF ni. Tu yang Gee buatlah. Hihi

Ni Tea Mix yang Gee suka minum. Suka minum sejuk-sejuk, minum pagi untuk bagi tenaga.

Tea Mix Shaklee Untuk IF

Protein Shake yang Gee minum. Ada pilihan suka perisa apa. Semua sedap.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah tahniah!!! Nampak macam 40 hari ini adalah masa yang sedikit. Tapi sebenarnya susah kan ? Saya pun nak loose weight ni tapi tak terturun turun pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. mencabar. Kdg adik mkn mlm terliur gk rasa mujur bole thn😂

      Delete
  2. tahniah gee, bukan senang 40 hari tu. faham sgt. saya pernah buat 2 bulan tak makan nasi , turun berat tapi torture rasa. dlm fikiran susah nak hilangkan perkataan nasi. hahaa

    ReplyDelete