Kebaikan soya untuk kulit cantik. Sebut soya ni ada yang dengar mitos soya tak baik untuk kesihatan kan? Hakikatnya bila Gee sendiri baca dan cari info pasal protein soya rupanya ada banyak manfaat dia. Satu badan dapat khasiat. Tapi kalini Gee fokus untuk kulit.
4 Kebaikan Protein Soya Untuk Kulit Cantik
1. Bagus untuk struktur Kulit
Protein soya dapat membantu:
- Meningkatkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel kulit yang sihat.
- Membantu membaiki keanjalan kulit dan meningkatkan sintesis kolagen.
Kulit kita ada mengandungi asid amino. Asid amino dalam protein soya ini yang penting untuk membantu:
- Menguatkan lapisan kulit yang paling luar, sekali gus mengekalkan kelembapan pada kulit supaya kulit kita tidak mudah kering.
- Kulit juga kekal terhidrat, melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan dan untuk memastikan kelicinan kulit dan cantik.
Tahu tak? Asid amino sangat penting untuk menyembuh dan membaiki tisu dan kulit yang rosak. Dalam protein soya ada asid amino. Jadi, protein soya akan membantu untuk:
- Bertindak sebagai blok binaan untuk sel dan mempercepatkan proses penyembuhan sel supaya kulit lebih cepat pulih.
- Meningkatkan proses pusing-ganti sel iaitu menyingkirkan sel kulit/ rambut/kuku yang lama untuk memberi ruang kepada sel baru tumbuh.
4. Melindungi Kulit daripada
Kerosakan Radikal Bebas
Radikal bebas boleh menyebabkan tekanan
oksidatif kepada kulit dengan merosakkan
membran sel kulit, protein dan DNA. Kesannya mengakibatkan proses penuaan kulit seperti kedutan. Isoflavon dalam protein soya ini yang penting untuk membantu mengurangkan tekanan oksidatif, keradangan
dan kerosakan sel kulit yang disebabkan
oleh pendedahan kepada UV kerana ia kaya
dengan antioksida.
Itulah kebaikan protein soya kepada kulit kita. Best kan? Nak jaga kulit sihat dan muda selalu kena rajin ambik protein soya lepas ini.
Makanan ada protein soya pilih yang berasaskan soya.
Bawah ini pula minuman protein soya yang Gee ambil setiap hari. Yang ini lagi mudah dan senang disediakan iaitu ESP. Gee suka minum waktu pagi atau malam. Macam sekarang tengah buat intermittent fasting, IF, Gee minum sebelum mula IF.
ESP ini tinggi protein dari soya, soya guna non-gmo, ada kalsium, vitamin B, asid amino.
ESP nak mix Nestum juga sedap |
Ada juga Gee mix ESP dan Cinch Coklat. Sedap juga ni. |
Dah tahu dah kan bagusnya protin soya ni untuk kulit. Rajin-rajin minum lepas ini ok.
1. Skovgaard GR, Jensen AS, Sigler ML. Effect of a novel dietary supplement on skin aging in post-menopausal women. Eur. J. Clin. Nutr. 2006, 60, 1201-6.
2. Draelos ZD, Blair R, Tabor A. Oral soy supplementation and dermatology. Cosmetic Dermatology. 2007, 20, 202-204.
3. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10.
4. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of so isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62.
5. Huang, C., Hsu, B., Wu, N., Tsui, W., Lin, T., Su, C. and Hung, C., 2010. Anti-Photoaging Effects of Soy Isoflavone Extract (Aglycone and Acetylglucoside Form) from Soybean Cake. International Journal of Molecular Sciences, 11(12), pp.4782-4795.
4 Comments
Mmg diakui esp ni untuk kulit. Pernah muka akk breakout.. esp ni la akk minum sampai la sekarang .. dah nak jadi pipi kulit gebu .. sikit lagi 😁
ReplyDeleteMakanan yg lengkap dlm diet harian pasti membantu menjaga kulit , tapi yg agak choosy tu, lepas tu ada skin problem, bolehlah cuba protein soya shaklee ni pula.
ReplyDeleteWowo....I love soya & didn't aware it's with beautiful effect on our skin & appearance, gonna drink more la now :) cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteAir tu nampak sedap sangat.... Saya pun minum nestum dekat office kalau bz tak sempat nak sarapan
ReplyDelete