7 Cara Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Cara untuk hilangkan mata mengantuk tanpa minum kopi. Adakah anda orang yang kerap meminum kopi untuk tahan mata dari mengantuk? Jika sering minum terutama jenis kopi 3in1 juga tak elok untuk kesihatan badan jangka panjang.

Cara Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Kalini Gee kongsikan cara untuk membantu mengawal mata dari mengantuk tanpa perlu minum kopi setiap hari. Tips ini sesuai juga buat yang tak minum kafein. 

Cara Hilangkan Mata Mengantuk Tanpa Minum Kopi 

1. Rajin minum air kosong

Jadikan air kosong sebagai kawan baik anda. Bila badan kurang air akan sebabkan dehidrasi, badan juga rasa letih. Pastikan anda cukup meminum air kosong untuk elak mengantuk dan sekaligus membantu sel-sel dalam badan dapat berfungsi dengan baik juga.

2. Tidur malam yang cukup

Bila malam anda tak cukup tidur, kesannya waktu siang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan badan juga rasa letih. Pastikan setiap malam tidur awal dan tidur pada waktu yang sama.

3. Sarapan pagi

Sarapan pagi juga penting untuk elak dari mengantuk. Bila perut kosong, cenderung membuatkan anda berasa cepat lapar dan bila dah makan banyak tentunya mata mudah layu dan rasa nak tidur. Jadi, jangan tinggal makan pagi.

4. Buat senaman atau bergerak 

Bila duduk dalam masa yang lama terutama bila berada di tempat kerja tentu mudah rasa mengantuk. Cara mudah cuba berjalan-jalan sebentar. Ini akan membantu melancarkan peredaran darah dan hilangkan rasa kantuk itu tadi.

5. Dengar lagu

Ini satu lagi cara bagus untuk kurangkan mengantuk, boleh mendengar lagu atau zikir ke untuk hiburan diri sendiri. 

Cara Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi


6. Minum teh 

Satu cara baru yang Gee ada amalkan iaitu minum teh untuk kurangkan dan elak mengantuk terutama waktu pagi dengan tengah hari. Teh yang Gee minum ialah Tea Mix. Teh ini gabungan teh hijau, teh putih dan teh merah serta ada campuran taurina yang memberi tenaga pada badan dan mata jadi segar bugar. Gee suka minum Tea Mix ni waktu pagi, bila bulan puasa Gee akan ambil waktu sahur. Mata segar ke pagi. 

Jika anda di pejabat atau berjalan jauh nak minum teh ni juga bagus. Bantu lebih fokus dan badan cergas bertenaga bila buat kerja. 

Tea Mix Shaklee untuk elak mengantuk

7. Minum Vivix waktu pagi

Ini juga salah satu cara berkesan bagi badan cergas dan mata tak ngantuk dengan minum Vivix setiap pagi. Dalam Vivix ini ada polifenol (resveratrol) yang buat kilang tenaga dalam sel badan untuk menghasilkan lebih tenaga. Kesannya badan rasa lebih cergas, tak mudah rasa letih dan mengantuk. Best kan?? Ni Gee pun ada minum tiap pagi. Biasa Gee suka campur vivix dengan Tea mix tadi.


Vivix Shaklee untuk elak mengantuk


Ok itulah 7 cara yang boleh membantu anda mengelak mata mengantuk tanpa perlu minum kopi. Moga dapat membantu. Cara paling berkesan yang Gee sendiri juga amalkan iaitu tips nombor 1, 2, 6 dan 7. Anda boleh cuba nanti.

Berminat untuk dapatkan Tea Mix dan Vivix tu boleh terus whatsapp Gee. 


Baca juga:

7 Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur Malam

Vitamin dan Mineral Untuk Bantu Tidur Lena

Amalan Mudah Tidur Malam Mengikut Islam

7 Punca Tak Boleh Tidur Malam

Teh terbaik untuk kurus dan kawal selera makan


Post a Comment

7 Comments

  1. emmm..kalau dah memang kaki kopi mcm MA ni .. memang nak kena kopi jugak, tak kira siang ke malam...but memang kopi o je without sugar pun..

    ReplyDelete
  2. Dulu-dulu memang pekena kopi kalau nak berjaga malam siapkan kerja. Terima kasih bagi info yang sangat berguna ni.

    ReplyDelete
  3. Tidut yg cukup memang membantu utk menghilangkan ngantuk kalau saya. So kalau dpt sekejap deep sleep 15 minit tu, mmg segar sangat2 once bangun

    ReplyDelete
  4. Ohh yes these tips really helpful to me as I'm trying now to cut down my coffee intake everyday. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. antara punca mengantuk ialah tak cukup tidur..kalau dapat deep sleep tu walau seketika sangat bermakna..anyway tq tip..cinch tu memang buat segar

    ReplyDelete
  6. Menarik cara nih, nanti nak try saya slow-slow kurangkan kopi sekarang ni tq sharing

    ReplyDelete
  7. minum kopi sekarang tapi tanpa gula. dah biasa dah. sekali jadi la sehari. macam minum air masak biasa je

    ReplyDelete