9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best
1. Dapat kenal dengan ramai orang baru dan kawan-kawan baru walaupun sebelum ini tak pernah kenal langsung ataupun sekadar kenal di on9. Tapi bila dapat jumpa depan-depan mudah rapat dan senang berborak bersama-sama macam dah lama kenal.
2. Dapat banyak ilmu baru bila join komuniti shaklee ni. Bukan sekadar ilmu kesihatan tapi macam-macam ilmu lain seperti ilmu marketing, ilmu kerohanian dan ilmu kehidupan yang lain. Kiranya dapat ilmu dunia dan ilmu akhirat, seimbang lah kan. Alhamdulillah.
3. Gee juga berpeluang untuk membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan. Sebelum kenal shaklee memang tak terfikir nak membantu tambah baik kesihatan orang. Dalam masa yang sama juga dapat menambah ilmu dan tips-tips kesihatan.
4. Bila berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini juga dapat kenal erti memberi yang sebenarnya. Tak semestinya hanya memberi atau bersedekah dari segi duit tapi macam-macam boleh bagi seperti berkongsi ilmu, berkongsi poster dan gambar, belanja orang makan, bagi hadiah ke.
5. Melalui geng shaklee ini juga banyak buat Gee untuk lebih kuat dan kental. Maksudnya dunia bisnes ini memang ada banyak orang, ragam dan masalah kita hadap setiap hari. Bila dah lama buat bisnes Shaklee alhamdulillah makin hari makin matang, tenang dan kental bila ada apa-apa masalah. Tak mudah nak mengalah atau melatah.
6. Tak bersaing tapi saling membantu. Ini yang Gee tengok dalam komuniti Shaklee. Walaupun sama-sama menjual produk Shaklee tapi boleh berkawan, saling berkongsi idea dan ilmu. Ada yang suka berkongsi poster-poster, video dan gambar-gambar produk. Seronok kan? Siap ada grup telegram khas lagi tu untuk sesiapa yang nak share. Tu Gee suka.
7. Dapat upline yang baik dan banyak membantu Gee dari awal bisnes Shaklee hingga ke harini. Pendek kata tak jemu membantu kami semua dari segi stok, ilmu, pengurusan bisnes, ilmu agama dan banyak lagi.
8. Dapat hadiah produk Shaklee secara percuma. Ini yang seronok dan Gee rasa semua geng Shaklee suka. Biasanya bila ada apa-apa akitiviti atau tugasan, upline atau master akan bagi hadiah berupa produk Shaklee. Tapi yang penting kena rajin dan komited buat apa-apa task yang diberi. Sambil buat task, sambil tu dapat hadiah percuma!
9. Dapat sokongan dari syarikat Shaklee Malaysia. Ini yang penting bila nak buat bisnes bersama, ahli-ahli dan syarikat kena bersatu dan bergabung satu sama lain. Apa yang Gee Nampak macam-macam yang disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Contohnya web mesra pengguna, boleh oder di mana saja dan Shaklee yang poskan, ada semua info produk dan info kesihatan yang diberi serta ada gambar-gambar produk. Malah ada juga kelas dari pakar nutrisi Shaklee. Seronok kan?
Itulah sebab-sebab Gee suka dengan komuniti bisnes Shaklee ni.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
0 Comments