20 Amalan Harian Yang Boleh Dibuat Sepanjang Bulan Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini bertemu lagi bulan ramadhan yan mulia dan penuh keberkatan. Moga Allah terima segala amal ibadah kita. Ada beberapa rutin atau amalan harian yang boleh kita buat sepanjang bulan puasa ini.

Amalan Harian Yang Boleh Dibuat Sepanjang Bulan Ramadhan


20 Amalan harian sepanjang bulan ramadhan

1 - Selepas solat Subuh, boleh baca zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

2 - Kemudian boleh baca surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. Ini kita boleh buat setiap hari tak semstinya bulan ramdhan saja. 

3 - Kemudian selepas 15 minit naik matahari, boleh buat solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

4 - Kemudian boleh solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki. Boleh buat 2 rakaat, 4 rakaat terpulang pada masing-masing.

5 - Selepas solat Zohor, boleh membaca surah Ar-Rahman. Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

6 - Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

7 - Kemudian membaca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

8 - Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

9 - Kemudian bacalah surah Al-Waqiah. Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran dan kemiskinan tidak akan menemuinya.

10 - Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

11 - Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri kita daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

12 - Sebelum tidur, cuba juga solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

13 - Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

14 - Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

15 - Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

16 - Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

17 - Hendaklah hati dan lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

18 - Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

19 - Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

20 - Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Itulah dia antara 20 amalan harian kita boleh buat setiap hari. Inshaallah dan Alhamdulillah ♥️ Moga Allah swt menerima segala amal dan ibadat kita. Yang penting buat secara konsisten walaupun sikit kita buat janji ada buat tiap hari. Lama-lama akan jadi rutin harian. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Andai pahala itu nampak, nescaya tak terhitung pahala mengerjakan semua amalan ini.Semoga kita semua istiqomah dan mendapat keberkatan malam lailatulqadar. Tq Master.

    ReplyDelete