7 Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee 2023

Tips makan sihat di hari raya dengan Shaklee. Tahun ini dapat lagi beraya. Makanan adalah salah satu benda wajib di hari raya. Akan ada bermacam juadah dan hidangan disediakan seperti ketupat, rendang ayam, rendang daging, sate, kuah kacang, lontong, kuih muih, biksut dan kek lapis. Memang pasti makan banyak. Kali ini Gee nak kongsikan tips mengawal makan secara sihat ketika hari raya agar kita dapat mengekalkan berat badan sihat.

Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee

Ini 7 Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee

1. Elak minuman manis
Paling bagus cuba elakkan atau kurangkan minuman manis termasuk yang bergas. Bila beraya memang akan dihidangkan air bergas, sirap atau kordial dan semuanya tinggi kandungan gula, perisa dan pewarna yang tidak berapa bagus untuk kesihatan badan. Ini membuatkan kita rasa cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga.  Agak susah nak berhenti tapi sekurangnya cuba untuk mengawal dari minum banyak. Amalkan minum air kosong atau air masak lebih. 

2. Jauhkan dari makanan
Bila selalu tengok makanan memang boleh mendorong nafsu makan terutama hari raya ada beraneka jenis juadah raya kan. So cara terbaik cuba jauhkan diri dari tengok makanan. Lepas makan terus beredar dari dapur. 

3. Kawal portion makan
Seeloknya cuba kawal jumlah hidangan. Boleh ambil atau cuba semua jenis makanan tapi amik dalam jumlah yang sedikit sekadar buat rasa. 

4. Lebihkan air kosong
Salah satu tips mudah jaga makan terutama di hari raya dengan cara rajin minum air kosong. Air kosong tiada kalori dan bagus untuk sistem badan termasuk sistem penghadaman dan metabolisme badan. Bila dah terbiasa minum air kosong lama secara tak langsung dapat kurangkan air manis.

5. Amik protein
Protein ini yang ramai terlupa. Berdasarkan bacaan Gee, bila cukup protein dapat membantu mengurangkan selera makan, mengurangkan rasa lapar, dan mengurangkan paas hormon ghrelin dan meningkatkan hormon kenyang. 

Jika jenis kuat makan, cuba minum protein waktu pagi sebelum makan pada hari raya. Akan rasa lebih kenyang lama dan kurang nak makan macam-macam. Atau jika ada pergi rumah terbuka raya, minum dulu protein shake sebelum beraya. Bila dah kenyang, automatik tak rasa nak makan banyak.

6. Minum teh hijau
Teh hijau sangat popular untuk mereka yang nak kurus dan mengawal makan. Boleh amal minum sebelum makan, sebelum jalan beraya atau sebelum pergi rumah terbuka untuk mengawal selera makan. Teh hijau juga membantu meningkatkan pembakaran lemak.

Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee

Boleh cuba minum Tea Mix macam Gee minum ni. Ada teh hijau, teh putih, dan red tea yang bagus untuk kesihatan badan. Juga bagus untuk mengawal craving makan macam-macam. 

7. Puasa enam
Boleh juga buat puasa enam pada bulan syawal atau hari raya. Ini salah satu cara terbaik untuk makan secara sihat dan mengawal berat badan. Bukan saja dapat pahala lebih, tapi berpuasa juga membantu kita untuk banyak bersabar dan mengawal nafsu makan. 

Boleh minum protein shake masa sahur untuk membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan badan bertenaga semasa buat puasa enam. 

Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee


8. Amik set detox
Bila beraya memang akan makan banyak. Tapi proses detox tak berapa nak lancar. Jadi, boleh cuba ambil Herblax untuk fokus membantu mudah membuang dan mengeluarkan toksin bila dah berlebihan makan. Yang menarik herblax ini bila makan malam, waktu pagi esoknya kan terus membuang. Perut juga jadi lebih selesa.

Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee


Satu lagi agen detox yang bagus iaitu Alfalfa. Alfalfa boleh membantu membuang angin, menyingkirkan kolesterol, membersihkan hati, kolon, dan darah. Macam Gee sendiri, setiap kali lepas makan berat akan makan alfalfa ini setiap hari. 

Itulah dia 8 tips makan secara sihat di hari raya yang bolah diamalkan. Memang ada yang rasa agak sukar nak dibuat tapi sekurangnya kita dah tahu dan boleh cuba untuk buat. Apapun Gee nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Moga semua sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 




Post a Comment

1 Comments