Bahaya! Ini Kesan Berjaga Malam dan Kurang Tidur

Kesan Berjaga Malam dan Kurang Tidur. Harini ramai antara kita yang kerap berjaga malam atau kurang tidur. Keadaan ini tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang tubuh badan. Namun, ia tetap menjadi ‘trend’ hidup orang zaman sekarang. Ada yang bekerja syif malam juga. Kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan badan. 

Kesan Berjaga Malam dan Kurang Tidur

Ini 7 kesan bahaya berjaga malam dan kurang tidur

1. Sistem imun badan menurun
Jika badan kita tidak mendapat tidur yang cukup, sel darah putih dan sel imun badan menjadi kurang efektif. Malah, sel pembunuh atau Natural Killer Cells dalam badan akan terjejas dan kurang aktif. 

Bila sistem imun badan lemah, ini boleh menyebabkan badan kita mudah dijangkiti virus, kuman, dan risiko kanser. Sebab itu ada yang selalu demam, selsema setiap bulan. Juga ada yang bila terkena luka jadi lambat nak sembuh. 

2. Badan letih tak bertenaga
Apabila kita tidur lewat, badan tidak mendapat rehat yang cukup dan ini yang menyebabkan rasa letih, lesu dan lemah tak ada tenaga. Akhirnya menganggu aktiviti harian. Ada yang produktiviti dan prestasi kerja menurun. 

3. Menganggu fungsi kognitif
Kurang tidur juga boleh memberi kesan kepada kemahiran berfikir, mudah lupa, sukar untuk membuat keputusan. Secara tak langsung juga boleh meningkatkan risiko Alzheimer jika berlaku untuk jangka masa panjang.

4. Emosi berubah-ubah
Tidur lewat, bangun pagi juga terlajak lewat. Kesannya mood jadi tak elok, mudah marah, emosi tak stabil. Nak buat apa-apa perkara atau jika tersalah sikit juga mudah melenting. Betul tak? Sebab itu penting untuk tidur awal dan cukup. Pagi tak kelam kabut.

5. Suka makan minum manis
Badan yang kurang rehat boleh menyebabkan rasa nak makan macam-macam benda manis. Maksudnya ‘craving’ atau nafsu makan meningkatkan. Ini mungkin disebabkan badan letih dan tak mendapat rehat yang cukup. 

6. Risiko bertamabah berat badan
Bila tidur, badan bertindak mengawal hormon ghrelin dan leptin iiatu hormon yang mengawal rasa lapar dengan baik. Sebab itu penting untuk mendapat tidur yang cukup dan elakkan berjaga malam. 

7. Risiko penyakit
Jika jenis yang suka tidur lewat malam dan berlangsung untuk jangka masa yang lama, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan. Contohnya meningkatkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. 

Kesimpulannya, tidur bukan satu kelebihan tapi satu keperluan wajib untuk badan kita. Tidur dapat beri badan kita rehat yang cukup selepas bekerja dan aktif di siang hari. Dapatkan tidur yang cukup agar badan kita sihat selalu.

Boleh tengok video di tiktok Kesan tak cukup tidur




Post a Comment

0 Comments