6 Tips Kekal Sihat Musim Panas, Elak Strok Haba



Malaysia dilanda cuaca panas dijangka hingga bulan Ogos 2023. Keadaan cuaca panasa yang terlalu panasa ini boleh membawa kepada risiko strok haba hingga meragut nyawa. Kalini Gee nak kongsikan tips kekal sihat di musim panas.

Tips Kekal Sihat Musim Panas, Elak Strok Haba

6 tips kekal sihat di musim panas, elak kena strok haba

Sekarang ini malaysia dilanda cuaca panas dengan suhu tinggi hingga mencecah 35-40 darjah celcius. Cuaca panas ini boleh membawa kepa strok haba, yang berkaitan dengan haba. Strok haba boleh menyebabkan suhu badan gagal berfungsi dengan baik hingga membawa maut.

1.Rajin minum air kosong
Jadikan air putih sahabat baik masa panas ini. Tak kira aktif atau tak buat aktiviti fizikal atau sekadar duduk di rumah pun perlu juga minum air kosong. Jika boleh minum air kosong setiap masa tapi dalam jumlah yang sikit-sikit. Jika ada botol air boleh isi air putih dan bila-bila boleh minum.

2.Kurangkan air berkafein, manis dan bergas
Sebaiknya musim cuaca panas ini elakkan minum air bermafein, air bergas atau air manis seperti sirap. Minuman ini hanya akan membuatkan badan lebih cepat haus, kerap membuang air kecil dan akhirnya badan cepat hilang cecair.

3.Jangan berada di luar untuk masa yang lama
Ini paling utama bila cuaca panas elak berjemur atau buat aktiviti di luar untuk masa yang lama. Boleh naikkan suhu badan, badan cepat berpeluh dan cepat haus.

4.Guna pakaian yang sesuai
Elak guna pakaiaan yang tebal, ketat dan berwarna gelap masa cuaca panas. Boleh guna pakaian yang lebih longgar dan warna cerah.

5.Pakai topi atau payung
Jika berada di luar jangan lupa guna topi atau payung untuk melindungi badan dari kena terus haba panas ke badan.

6.Jaga kebersihan diri
Bila cuaca dan haba panas, bakteria dan kulat lebih aktif membiak. Jadi rajin-rajinlah membersihkan diri, guna pakaian yang bersih, dan elak peluh terkumpul di kulit. Boleh juga gunakan sabuh atau pencuci antibakteria.

Itulah dia tips sihat di musim panas. Jaga diri dan elak berada di tempat luar masa panas ini. Kita dah dengar beberapa berita kematian akibat strok haba. Moga semua sihat selalu.


Post a Comment

0 Comments