8 Langkah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat ialah tabiat atau rutin harian yang kita buat untuk meningkatkan tahap kesihatan diri. Penting untuk kita menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik ia boleh menganggu kehidupan dan aktiviti harian. Kalini Gee nak kongsikan langkah-langkah atau tips untuk dapat hidup sihat sejahtera.

Langkah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat


8 Langkah/Tips Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

1. Rajin minum air kosong
Air kosong atau air putih penting untuk badan kerana lebih 60 peratus badan manusia terdiri daripada air. Air membantu proses penghadaman, peredaran darah, kawal suhu badan, dan penyerapan nutrisi. Rajinlah minum air kosong setiap hari. Sekurang 1-2 liter sehari. Jika tak biasa cuba praktis dan isi air dalam botol untuk diminum setiap hari.

2. Rajin bersenam
Bersenam atau apa jua aktiviti yang menggerakkan badan penting. Ia membuatkan badan lebih sihat, mood lebih baik, menguatkan jantung, mengawal tekanan darah, memperbaiki keseimbangan badan dan banyak lagi.

Paling mudah cuba berjalan kaki setiap hari. Boleh buat di sekitar rumah, kawasan kampung atau taman permainan.

3. Kawal stress
Stress adalah salah satu tindak balas emosi, fizikal dan mental bila ada sesuatu yang berubah atau menganggu hidup kita.

Dan bahaya stress ini juga boleh memberi menjejaskan kesihatan seperti sistem imun badan makin menurun, sakit kepala, dan masalah penghadaman. Oleh itu, kawal stress dengan baik untuk hidup sihat. Jangan biar ia menjadi musuh dalam diri kita.

4. Tidur awal dan cukup
Penting untuk dapat hidup yang sihat dengan menjaga tidur yang cukup. Ramai daripada kita sekarang ini kerap tidur lewat. Ini boleh menganggu aktiviti harian dan kesihatan. Sebaiknya cuba tidur awal dan jika boleh tidur sebelum jam 11-12 malam. Baca juga kesan buruk kurang tidur

5. Kurangkan gula
Dalam masyarakat kita sekarang, gula ni ibarat satu benda wajib. Mesti ada dalam pemakanan harian. Sedangkan ramai maklum bahaya gula walaupun gula manis. Tapi gula tiada khasiat pada badan. Sebaiknya cuba kurangkan gula dalam kehidupan harian kita. Di sini Gee ada kongsikan 50 kesan buruk gula.

6. Makan sayur dan buah
Buah-buahan dan sayuran juga penting untuk dapat hidup yang sihat. Tapi masih ramai lagi antara kita yang kurang memakannya.

Macam sayur dan buah kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan. Ia boleh membantu mencegah penyakit, meningkatkan daya tahan badan, bagus untuk tulang kuat, mencantikkan kulit, mengurangkan risiko penyakit dan banyak lagi.

7. Buat pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan juga penting untuk memastikan badan kita sihat dan mengelak dari sebarang penyakit dari awal. Boleh buat sekali setahun paling kurang. Lelaki dan wanita boleh buat.

Antara kelebihan pemeriksaan kesihatan:
  • Mengesan tanda awal kesihatan badan
  • Mencegah sebarang prmenyakit atau komplikasi
  • Meningkatkan jangka hayat
  • Mengawal atur gaya hidup sihat yang lebih baik

8. Makanan tambahan
Suplemen bertujuan untuk menambah diet atau vitamin dan mineral yang diperlukan bagi mengekalkan fungsi badan yang sihat. Tu sebab sekarang ni suplemen penting sebab gaya hidup dan diet kita yang tak seimbang. Banyak makan makanan proses, kurang makan sayur dan buah serta stress.



Itulah 8 langkah yang perlu kita amal dan buat setiap hari untuk mendapatkan hidup yang sihat selalu. Yang penting rajin dan konsisten buat. Niatkan untuk dapat kesihatan yang baik dan juga dapat beribadah dengan mudah bila kita sihat selalu. InshaAllah. 



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Post a Comment

0 Comments