Risau dengan masalah jeragat? Takut jeragat naik? Jangan risau ada cara untuk bantu elak dan cegah dari awal. Tapi sebelum itu, jom ketahui apa dia jeragat.
Apakah jeragat?
Jeragat ialah bintik coklat yang tak sekata pada kulit yang berlaku disebabkan terdedah pada sinar uv matahari, faktor genetik . Ia muncul kerana berlebihan melanin.
Jeragat biasa berlaku pada mereka yang berkulit cerah. Ia muncul di kulit yang kerap terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, tangan, dan bahu.
Cara elak dan hilangkan jeragat dengan mudah dan selamat
Di bawah ini Gee nak kongsikan beberapa cara untuk mengelak jeragat muncul dan jika dah muncul juga boleh cuba cara ini.
1. Guna sunscreen
Ini rutin paling wajib buat jika nak cegah dan kawal jeragat makin banyak. Rajin guna sunscreen setiap hari terutama pada kulit wajah. Sunscreen juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari dan radikal bebas serta kurangkan risiko kanser kulit.
Cara pilih sunscreen
- Amik jenis SPF 50 dan PA++++
- Pastikan sunscreen dapat melindung kulit dari sinar UVA UVB.
- Bebas dari bahan bahaya seperti alcohol, paraben, silicon, sulfate dan allergen.
- Pastikan dari bahan semulajadi.
- Tak menyumbatkan pori (non-comedogenic).
- Pilih ikut jenis kulit - kering, berminyak, atau kombinasi.
- Sapu sunscreen setiap 3-4 jam skali.
- Guna juga sunscreen walaupun di rumah.
- Boleh cuba sunscreen youth spf 50
Menjaga kebersihan muka juga penting untuk mencegah jeragat. Antara sebab jeragat berlaku bila muka tidak bersih, ada lebihan minyak, kotoran dan sel kulit mati. Sebaiknya cuci muka 2 kali sehari. Boleh guna pencuci muka dan satu lagi untuk cucian lebih bersih buat teknik double cleansing.
3. Serum ada retinol
Masukkan rutin skincare serum yang ada kandungan retinol. Retinol adalah sejenis retinoid (vitamin A derivative) yang akan membantu mempercepatkan kadar pusing ganti sel kulit secara semulajadi dan mengurangkan penghasilan melanin.
Ia boleh membantu mengurangkan jeragat, menambah baik tekstur kulit, bagi kulit lebih berseri/glowing. Yang penting rajin guna serum setiap hari. Pastikan anda memilih serum retinol yang sesuai dengan jenis kulit.
4. Jangan pegang blackhead, jerawat di muka!
Biasa kita suka pegang jerawat, blackead, bekas parut atau gigitan nyamuk pada muka kan? Sebaiknya jangan pegang atau buat apa-apa! Jika anda menganggu, ini boleh meningkatkan inflamasi pada kulit hingga menyebabkan tona kulit jadi tak sekata dan tak licin.
Untuk pemakanan atau suplemen boleh cuba tips ini untuk mencegah dan menghilangkan jeragat.
5. Rajin makan vitamin C
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mencerah kulit secara semulajadi
- Melindungi kulit dari sinar uv, radikal bebas
- Melambatkan proses penuaan kulit
6. Protein Soya untuk jeragat
Boleh juga amal minum protein soya untuk mengurangkan pigmentasi kulit, membaiki tekstur dan perubahan warna kulit, mengurangkan kedutan, dan memastikan kulit lembap dari dalam.
7. Suplemen Kolagen
Kolagen paling ramai suka amik untuk masalah jeragat. Pilih kolagen yang mudah diserap badan, ada vitamin C dan vitamin B serta selamat untuk diambil setiap hari seperti Collagen Plus Powder.
Kebaikan kolagen untuk kulit
- Mengurangkan bintik hitam, bekas parut dan jeragat
- Mengekalkan keanjalan kulit
- Membaiki kedutan pada kulit
- Menambah kolagen dalam badan (sebabnya makin berumur makin kurang kolagen)
8. Ellagic Acid untuk jeragat
Ellagic acid adalah salah satu polifenol yang ada terdapat dalam buah seperti dalam beri, strawberi, ceri, walnut, anggur muscadine dan buah delima. Ellagic acid bersifat tinggi antioksidan dan ini membantu melindungi sel termasuk sel kulit dari rosak akibat radikal bebas.
Kebaikan ellagic acid kepada kulit dan jeragat
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Mengurangkan kedutan dan garis halus
- Mencerahkan tona kulit (bagus untuk yang ada masala jeragat dan banyak terdedah kepada cahaya matahari)
Cara mudah nak dapat ellagic acid setiap hari tanpa perlu membeli dan makan buah, boleh amal minum Vivix. Dalam dia ada ellagic acid dan tinggi antioksidan bagus untuk melambatkan penuaan kulit serta memperbaiki hingga peringkat sel DNA badan kita.
Boleh minuman collagen dan vivix shaklee untuk jeragat |
Ok itulah cadangan daripada Gee untuk membantu mengelak dan mengatasi masalah jeragat. Yang penting konsisten buat. Cara paling berkesan untuk jeragat, rajin guna skincare dan makan suplemen yang fokus untuk membantu jeragat. Buat dua cara ni lagi berkesan.
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan suplemen shaklee untuk jeragat ini.
Baca juga: petua lain elak jeragat
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
0 Comments