9 Vitamin penting untuk jeragat

Bila ada tanda-tanda jeragat, pastinya ramai akan mula mencari produk untuk menghilangkan jeragat kan? Tambah kagi di oasaran ada pelbagai jenis pilihan produk dan vitamin, namun adakah ia berkesan? 

Vitamin penting untuk jeragat

Kalini Gee nak kongsikan apakah vitamin yang bagus untuk membantu masalah jeragat. Apabila sudah tahu vitamin yang sesuai, makan lebih mudah untuk membeli produk dan melihat kandungan yang sesuai untuk fokus hilangkan jeragat.

Sebelum itu, anda kena tahu dulu apakah jeragat ini. Jeragat ialah bila mana kulit ada tanda tompokan kecil berwarna coklat yang muncul. Ia boleh berlaku di mana-mana kawasan kulit yang terdedah pada cahaya matahari.

Cara hilangkan jeragat: 9 vitamin penting untuk jeragat

Vitamin A

Vitamin A salah satu vitamin penting untuk melambatkan penuaan. Dalam dunia skincare, vitamin A boleh didapati dalam 2 bentuk iaitu retinoid (retinol) dan carotenoids. Paling ramai guna retinol dalam rutin skincare.

Lepas ini, korang boleh masukkan vitamin A dalam makanan harian dan juga rutin skincare setiap malam.

Kebaikan Vitamin A untuk kulit
  • Mengurangkan tona kulit tak sekata, mengecilkan pori-pori dan jerawat
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Menggalak keanjalan kulit
  • Exfoliate sel kulit mati
Vitamin penting untuk jeragat


2. Vitamin B3

Juga dikenali sebagai niacin atau yang femes niacinamide. Vitamin B3 ini sangat penting untuk;
  • Mengurangkan pori-pori
  • Memperbaiki kulit wajah
  • Mencerahkan tona kulit
  • Mengurangkan iritasi pada kulit
  • Memperbaiki ‘skin barrier’
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Melindungi kulit dari uv matahari
Vitamin penting untuk jeragat


3. Vitamin B5

Vitamin B5 atau panthenol juga bagus untuk kulit dan rambut. Vitamin B5 membantu:
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Baik pulih kulit dan rambut dari pencemaran
  • Meningkatkan paras ceremide
  • Meningkatkan fleksibiliti kulit
  • Kulit makin lembut
Vitamin penting untuk jeragat


4. Vitamin C

Vitamin C memang sangat penting untuk badan kita termasuklah kulit. Untuk membantu kulit jeragat, amalkan vitamin C setiap hari. Boleh cuba serum yang ada vitamin C dan makan juga skali bersama suplemen vitamin C.

Kebaikan vitamin C untuk kulit
  • Mencerahkan tona kulit yang tidak sekata
  • Membantu dalam penghasilan kolagen
  • Tinggi antioksidan untuk melindungi kulit
  • Agen anti radang dan penyahpigmentasi (boleh ambil serum ada vitamin C untuk sapu terus pada tempat jeragat)
  • Mengurangkan kedutan
  • Melegakan kulit kering dan kasar
Vitamin penting untuk jeragat


5. Vitamin E

Satu lagi super hero untuk kulit iaitu vitamin E. Biasanya dikenali juga sebagai Tocopherol. Vitamin E ini sama juga seperti vitamin C, kita boleh dapatkan dalam bentuk serum, minyak atau suplemen. Jika fokus untuk jeragat, pastikan produk skincare ada kandungan vitamin E.

Kebaikan Vitamin E untuk kulit
  • Mengurangkan bintik hitam dan tona kulit tak sekata
  • Melembapkan kulit dari dalam
  • Meningkatkan ‘skin hydration’

Vitamin penting untuk jeragat


6. Hyaluronic Acid (HA)

HA dihasilkan oleh badan kita tetapi apabila makin berumur, proses penghasilan HA makin lambat. Sebab itu kita perlukan tambahan hyaluronic acid bagi membantu meningkatkan kelembapan kulit dan memperbaiki kulit jeragat.

Kebaikan Hyaluronic Acid kepada kulit
  • Mengekalkan ‘skin hydration’ (bagus untuk skin barrier)
  • Membantu kulit lebih elastik dan anjal
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih cerah sekata
  • Memudarkan kesan hitam pada kulit

7. Flavonoid

Satu lagi yang terbaik untuk kesihatan sel ialah flavonoid. Ia juga dikenali kerana tinggi antioksidan dan anti-radang, ini boleh membantu membaki kulit berjeragat dan tone kulit yang tak sekata. Sumber flavonoid boleh didapati dari teh hijau, berries, dark chocolate.

Vitamin penting untuk jeragat


8.Alpha Lipoic Acid (ALA)

ALA juga satu lagi elemen penting untuk kulit. ALA telah lama digunakan untuk
  • merawat keradangan pada kulit
  • membantu masalah pigmentasi jeragat 
  • membaiki tona kulit tak sekata
  • Melawan radikal bebas
  • Membantu mengurangkan kemerahan, dermatitis, rosacea

ALA boleh didapati dalam tomato, kentang, sweet potatoes, beets.


9. Coenzyme Q10

Atau CoQ10 adalah satu bahan penting yang dihasilkan oleh badan kita. Ia penting untuk penghasilan tenaga badan dan juga tinggi dengan antioksidan serta bagus untuk anti-penuaan.

Dalam dunia kecantikan CoQ10 sangat penting untuk kulit. Ia juga dikenali sebagai ubiquinone dalam skincare. Kebaikan CoQ10 untuk kulit:
  • Merangsang penghasilan koalgen
  • Melambatkan tanda penuan
  • Memperbaiki kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • Melawan radikal bebas 
  • Mengukuhkan skin barrier 
  • Mempercepat penyembuhan luka pada kulit
  • Memperbaiki tona kulit 
  • Mencerahkan kesan jeragat
Vitamin penting untuk jeragat



Itulah antara pilihan vitamin yang boleh membantu masalah jeragat. Yang penting pilih produk yang selamat dan berdaftar.

Satu lagi saranan dari Gee, untuk kesan terbaik ambil vitamin dan skincare bersama untuk mengurangkan jeragat pada kulit. Yang skincare pilih bahan-bahan yang ada Gee senaraikan di atas.  Pastikan anda rajin dan konsisten menggunkannya. Selamat mencuba!





Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan vitamin shaklee untuk jeragat.
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee





Post a Comment

0 Comments