7 Suplemen Terbaik untuk Warga Emas

Warga emas atau yang dah berumur juga perlukan suplemen. Apabila makin berumur, badan makin kurang nutrisi dan tenaga. Sebab itulah golongan ini juga turut memerlukan vitamin. Ada banyak pilihan vitamin yang sesuai untuk warga emas. 

Suplemen terbaik untuk warga emas

7 Suplemen Terbaik untuk Warga Emas

1. Multivitamin
Penting untuk menambah dan mencukupkan nutrisi warga emas. Bila makin berumur banyak nutrien makin berkurang. Ditambah pula selera makan juga sudah berkurang dan sukar untuk mendapat vitamin dan mineral yang cukup dadi pemakanan harian. Sebab itu pemgambilan multivitamin penting. Boleh cuba ambil multivitamin Vita-Lize.

2. Vitamin B
Salah satu nutrien penting untuk badan manusia sebab kita tak boleh menghasilnya sendiri. Perlu amik dari makanan ada vitamin B. Vitamin B penting untuk sel badan berfungsi dan bekerja lebih baik. Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B. Senang boleh amik terus dalam sebiji b-complex. 

7 Suplemen Terbaik untuk Warga Emas

3. Vitamin C
Vitamin C juga sama penting untuk semua orang. Sama seperti vitamin B, badan manusia juga tak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Jadi kita kena rajin makan sayur dan buah yang ada vitamin C.

Vitamin C penting untuk warga emas:
  1. Meningkatkan sistem imun badan. 
  2. Mengurangkan masalah demam dan selsema. 
  3. Memberi tenaga kepada badan. Bila imuniti badan mantap secara tak langsung badan juga lebih rasa sihat dan kuat.
  4. Memperbaiki masalah luka, luka lebih cepat sembuh bila badan tinggi dan cukup vitamin C.
  5. Membantu mencegah risiko kena katarak bagi warga emas. Sebaiknya amal makan vitamin C dari awal setiap hari. 

4. Kalsium dan magnesium
Kalsium penting untuk menguatkan tulang warga emas. Bila makin berumur, simpanan kalsium dalam badan makin berkurang. Ini yang menyebabkan masalah osteoporosis atau tulang rapuh, sakit badan, gigi longgar, badan mudah letih. Sebaiknya ambil kalsium bersama magneisum untuk membantu kalsium diserap lebih baik terus ke tulang.

Kebaikan kalsium untuk warga emas
  1. Membina dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang.
  2. Mengurangkan risiko kehilangan jisim tulang.
  3. Untuk pembentukan dan pemeliharaan tulang.
  4. Membantu dalam pembekuan darah secara normal.
  5. Kesihatan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.

Kebaikan Magnesium untuk warga emas
  1. Menguatkan tulang
  2. Menjaga kesihatan dan rentak jantung
  3. Mencegah migrain
  4. Kawal kadar gula dalam darah
Boleh ambil suplemen kalsium dan magnesium dalam Ostenutrix. Semua mineral penting untuk tulang ada. Pengalaman Gee makan ostenutrix ni sangat membantu tidur lebih lena, bangun pagi badan segar tak rasa sakit atau lenguh, bantu cukupkan kalsium dalam badan even Gee tak minum susu.

7 Suplemen Terbaik untuk Warga Emas


5. Asid lemak Omega 3
Omega 3 satu lagi yang penting terutama kepada warga emas.

Kebaikan omega 3 untuk warga emas
  1. Mengurangkan risiko sakit jantung
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Kurangkan risiko darah beku
  4. Tingkatkan paras kolesterol baik HDL
  5. Kurang tahap trigliserida (lemak dalam darah)
  6. Mengurangkan radang dan sakit sendi
  7. Bertindak sebagai pelincir sendir agar sendi tak sakit masa bergerak
Sumber makanan omega 3 ada dalam ikan tuna, salmon, kembung, chia seed, bayam, brokoli dan avocado. Atau boleh juga ambil suplemen Omega 3.

6. Protein
Makin berumur, tubuh juga memerlukan protein untuk jisim dan kekuatan otot. Protien juga penting untuk binaan asas badan. Ia bertugas memperbaharui dan memperbaiki sel-sel dantisu-tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan membantu sistem imun dengan menghasilkan sel darah putih, dan antibodi badan.

Tanda badan kurang protein
  • Rasa lemah dan letih 
  • Rambut gugur 
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering
  • Hilang jisim otot
  • Cepat lapar
Pastikan mak ayah dan atuk nenek mendapat protein yang cukup setiap hari. Boleh ambil dari makanan atau suplemen protein seperti ESP. Ini boleh buat minum setiap hari.

Esp shaklee untuk warga emas


7. Polifenol
Polifenol adalah sekumpulan fitokimia pada tumbuhan dan buahan yang mengandungi tinggi antioksidan. Ia membantu mengekalkan kesihatan, melindungi dari penyakit, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Makanan tinggi polifenol biasanya boleh ada dalam keluarga berries, hazelnut, almond.

Khasiat polifenol kepada warga emas
  1. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer (nyanyuk)
  2. Memberi tenaga kepada badan
  3. Melancarkan perjalanan darah dan mengelak stroke. Polifenol meransang sel dan saraf pesakit stroke agar aktif dan mampu berfungsi semula.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung. Polifenol mengawal tekanan darah yang lebih sihat dan mengurangkan keradangan pada salur darah yang boleh membawa kepada masalah jantung seperti jantung tersumbat.
  5. Juga meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang penghasilan insulin dalam badan. Ini boleh mengurangkan masalah dan risiko diabetes. 

Suplemen polifenol boleh ambil daripada Vivix atau ResV. Nak lagi mudah amik Vivix (sebab dia cuma perlu ambil 1 sudu sehari dan rasa juga sedap). 

7 Suplemen Terbaik untuk Warga Emas



Yang penting jaga makan minum untuk warga emas. Pengambil suplemen / vitamin untuk membantu menambah keperluan nutrisi dalam badan. 

Bagi yang berminat untuk dapatkan vitamin untuk mak ayah boleh terus hubungi Gee. Nanti Gee akan bantu mana yang sesuai. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee








Post a Comment

2 Comments

  1. Gold brass possesses unique characteristics that set it apart from other materials. Its warm tone and lustrous finish make it an ideal choice for rings, adding a touch of sophistication to any ensemble. Understanding the distinctive features of gold brass enhances the appreciation for the craftsmanship behind each ring.

    ReplyDelete
  2. I've been using the panasonic toughbook cf 20 for a while now, and I'm thoroughly impressed with its ruggedness and performance.

    ReplyDelete