Keunikan Vivix Shaklee - menggunakan anggur muscadine
Pernah dengar anggur ini? Biasa kita dengar anggur je kan tapi rupanya kat dunia ini ada lebih 8000 jenis anggur. Banyak kan? Tapi ada satu anggur yang menarik minat para saintis Shaklee iaitu anggur muscadine untuk dibuat minuman sihat.
Ciri-ciri Anggur muscadine
- Kulit dan benih yang tebal
- Saiz sebesar bola golf
- Mempunyai lebih kromosom (lebih tinggi antioksidan)
- Ada kandungan polifenol yang tinggi (ini yang banyak khasiat)
- Berupaya membiak dalam cuaca yang melampau di Georgia (samada hujan atau panas)
Shaklee menggunakan anggur muscadine yang di tanam Paulk Vineyards, Georgia iaitu kebun muscadine terbesar di dunia. Anngur ini special, di petik dengan tangan, dijaga dengan rapi oleh para petani di Paulk Vineyards untuk mendapat kualiti anggur yang terbaik. Best kan?
Anggur muscadine ini juga diperah 'whole press' dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan oleh Shaklee untuk memastikan anggur tersebut mengekalkan rasa dan kualiti nutrien yang penuh manfaat.
10 Kebaikan Anggur Muscadine kepada kesihatan
1. Kaya dengan antioksidan
Anggur muscadine paling kaya antioksidan dengan jumlah polifenol yang tinggi. Antioksidan ini boleh membantu mengurangkan oksidatif stress dengan melindungi sel-sel dari rosak.
Juga ada fkavonoids, sekumpulan polifenol yang tinggi anti-karadangan dan anti-kanser. Ini boleh membantu mencegah penyakit neurodegeneratif (penyakit berkaitan sel saraf).
2. Elak sindrom metabolik dan diabetes
Gangguan sindrom metabolik seperti sensitiviti insulin menurun, hiperglycemia, menurunkan paras kolesterol baik. Biasanya jika ada tanda ini berisiko untuk mendalat penyakit seperti strok, jantung, diabetes dan artherosclerosis.
3. Elak risiko kanser
Kandungan resveratrol dalam anggur muscadine boleh membantu melindungi sel kanser dari menyerang organ yang lain.
Berdasarkan kajian tahun 2007, kulit anggur muscadine yang diekstrak boleh mengurangkan pertumbuhan sel kanser dalam kes kanser prostat.
4. Kesihatan otak dan mental
Bila makin berumur, kesihatan mental sangat penting. Oksidatif stress yang disebabkan radikal bebas adalah salah satu sebab 'brain age' dan penyebab kepada masalah seperti dementia dan Alzheimer.
Resveratrol, sejenis antioksidan dalam anggur muscadine boleh membantu mengurangkan penyakit seperti dementia, Alzheimer dan penyakit jantung.
5. Kulit sihat dan cantik
Apabila makin berumur, badan tak dapat menghasilkan antioksidan yang banyak, dan ini boleh menganggu dan merosakkan kulit serta mengurangkan penghasilan kolagen.
Khasiat antioksidan dan polifenol membantu:
- melindungi kulit dari rosak akibat sinar uv
- melambatkan penuaan
- mengurangkan kedutan
- menyokong pengeluaran kolagen yang sihat
6. Meningkatkan tenaga
Polifenol boleh membantu meningkatkan tenaga dalam badan dan mengurangkan keletihan. Kajian telah menunjukkan polifenol membantu mempercepatkan pengeluaran mitokondria di dalam badan. Mitokondria adalah pusat tenaga dalam badan kita. Bila makin bertambah umur ia makin berkurang.
7. Antibakteria
Anggur muscadine mengandungi quercetin, iaitu anti-inflammatory yang akan melawan keradangan disebabkan jangkitan bakteria helicobater. Ia juga boleh mengurangkan dan memberhentikan inflamasi akibat jangkitan a h. Pylori.
8. Kesihatan jantung
Flovonoid, phenolic acids dan resveratrol dalam anggur muscadine boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Ia membantu menurunkan risiko penyakit jantung.
Polifenol di dalam anggur muscadine juga membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan mengelak pembentukan artherosclerosis.
9. Untuk penghadaman
Fiber / serat di dalam anggur muscadine membantu masalah penghadaman, melancarkan pergerakan usus dan membantu sembelit kronik.
10. Bagus untuk tulang
Anggur muscadine membantu badan menggunakan kalsium lebih baik dan mempercepat pertumbuhan tulang. Proanthocyanins di dalam biji anggur membantu pertumbuhan tulang dan osteoarthritis.
Untuk kesan terbaik ambil anggur muscadine ini bersama kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.
Banyak kan manfaat anggur muscadine ini untuk kesihatan. Bolehlah makan anggur ini setiap hari. Tapi nak beli anggur ini setiap hari agak mahal juga kos.
Untuk cara lebih mudah dan tak perlu mencari anggur muscadine, boleh cuba minum vivix. Dalam vivix ada kandungan anggur muscadine juga. Lagi senang. Sedap dan penuh khasiat.
https://www.livestrong.com/article/238659-health-benefits-of-muscadine-grapes/
https://www.ncmuscadinegrape.org/health-benefits/
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
0 Comments