Wajib baca: 5 Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi

Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi. Sakit sendi boleh terjadi pada semua orang. Ia biasa berlaku di kaki, tangan, bahu, pergelangan tangan, lutut, atau buku lali. Selain rawatan secara perubatan, pemakanan juga penting untuk membantu sakit sendi. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielak oleh mereka yang ada sakit sendi.

Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi


5 Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi

1. Gula Tambahan
Makanan dan minuman yang tinggi gula tambahan seperti minuman manis dalam tin, air 3in1, air kotak, air shake yang banyak dijual sekarang dan makanan ringan manis yang boleh meningkatkam berat badan dan membawa kepada tekanan kepada sendi. Ini boleh melambatkan proses pemulihan sendi dan menyebabkan sendi kerap sakit dan bengkak. 

Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi


2. Makanan Tinggi Lemak Tepu
Makanan yang tinggi lemak tepu seperti daging merah berlemak, makanan berminyak, dan produk tenusu berlemak, juga boleh meningkatkan keradangan dalam badan. Kandungan asid lemak tepu ini boleh membuatkan sakit sendi, dan sendi akan makin rasa sakit.

3. Makanan Tinggi Gluten
Makanan gluten tinggi seperti roti gandum, pasta gandum, dan produk tepung gandum yang lain, boleh menaikkan keradangan dalam badan. Makanan ini boleh menganggu penyerapan nutrien dan menyebabkan reaksi imunologi yang dapat membuatkan sakit sendi. Contonya roti putih, donut, kek, mee goreng, kuih muih yang banyak menggunakan tepung gandum. Jika boleh elak atau kurangkan makan makanan ini kerana ia boleh melambatkan proses pemulihan sendi dan jadi punca sendi selalu sakit.

Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi


4. Tinggi Garam
Makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera atau makanan dalam pek (keropok, kerepek, biskut dalam pek) boleh menyebabkan penahanan air dalam badan dan merencatkan fungsi sendi. Garam berlebihan juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, yang boleh memberi tekanan tambahan kepada sendi yang terjejas. 

Makanan yang Perlu Dielakkan Jika Ada Sakit Sendi


5. Bahan Tambahan Pemakanan
Makanan yang mengandungi banyak bahan tambahan seperti pengawet dan pewarna buatan juga boleh menyebabkan reaksi alergi atau reaksi imunologi dalam badan yang boleh memburukkan keadaan sendi yang sedia sakit atau radang.


Maka, jika anda ada masalah sakit sendi disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, ikan berlemak yang kaya dengan asid lemak omega-3, dan makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ayam, dan kacang-kacangan. 

Boleh baca sini: 10 makanan terbaik untuk sendi dan tulang




Rujukan:
  1. Arthritis Foundation. "Diet and Arthritis." https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/healthy-eating/anti-inflammatory/diet-and-arthritis
  2. Cleveland Clinic. "The Best and Worst Foods for Joint Pain." https://health.clevelandclinic.org/the-best-and-worst-foods-for-joint-pain/





Post a Comment

0 Comments