7 Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung

Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung. Omega-3 adalah sejenis asid lemak tak tepu yang penting untuk tubuh manusia. Ia penting untuk membina sel otak dan untuk fungsi penting lain dalam badan. Omega-3 membantu memastikan jantung sihat dan melindungi daripada strok. Ia juga membantu meningkatkan kesihatan jantung bagi yang mempunyai penyakit jantung. 

Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung


Bagaimana Omega 3 membantu meningkatkan kesihatan jantung?
Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung

1. Mengurangkan Keradangan
Keradangan kronik dalam tubuh boleh menyebabkan masalah kesihatan jantung. Omega-3 mempunyai sifat anti-radang yang dapat membantu mengurangkan keradangan dalam pembuluh darah dan jantung, menjaga agar ia berfungsi dengan lancar.


2. Menurunkan Risiko Penyakit Jantung
Salah satu manfaat utama omega-3 adalah kesannya terhadap risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa mengambil omega-3 secara konsisten boleh membantu: 
  • menurunkan tekanan darah
  • mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL)
  • meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL)
  • menurunkan paras trigliserida  
  • mengekalkan platelet darah daripada bergumpal/berkumpul bersama. Ini akan membantu mencegah pembentukan darah beku yang berbahaya untuk kesihatan

3. Menstabilkan Denyutan Jantung
Omega-3 juga membantu menstabilkan denyutan jantung. Ini adalah berita baik bagi yang berisiko tinggi mengalami masalah rentak jantung tidak teratur. Kesannya, ia boleh membantu mencegah risiko komplikasi yang berkaitan dengan masalah jantung.


4. Meningkatkan Fungsi Pembuluh Darah
Pembuluh darah yang sihat penting untuk pengaliran darah yang lancar. Omega-3 membantu melembutkan dinding pembuluh darah, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, dan memastikan pengaliran darah yang baik/lancer ke jantung dan organ lain dalam badan.


5. Menjaga Tekanan Darah Normal
Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung. Omega-3 membantu menjaga tekanan darah normal dengan mempengaruhi sistem saraf dan hormon yang mengawal tekanan darah.


6. Kesan Positif pada Kadar Trigliserida
Ketidakseimbangan trigliserida dalam darah jua boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Omega-3 terbukti dapat mengurangkan kadar trigliserida, membantu melindungi jantung dari masalah yang berkaitan dengan lemak darah yang tinggi.


7. Penting untuk Kesihatan Jantung Kanak-Kanak
Omega-3 tidak hanya penting untuk orang dewasa, tetapi juga untuk kanak-kanak. Kebaikan ini diperlukan dalam perkembangan awal untuk memastikan kesihatan jantung yang optimum sepanjang hayat.   


Banyak manfaat omega 3 untuk kesihatan jantung. Untuk mendapatkan kebaikan penuh omega-3, penting untuk memasukkan sumber yang tepat dalam pemakanan harian. Contohnya, ikan seperti salmon, tuna, dan sardin adalah sumber yang kaya dengan DHA dan EPA. Sumber tumbuhan seperti biji chia, kenaf, dan kacang walnut mengandung ALA. 

Atau nak lagi mudah boleh ambil juga supplemen Omega 3 lengkap skali ada EPA dan DHA.



Baca juga:








Post a Comment

0 Comments