Wajib baca: 7 Cara Berkesan Melegakan Sakit Saraf Sciatica

Sakit saraf sciatica antara sakit yang menyerang saraf bagi sesetengah orang. Apabila sudah ada penyakit ini ia boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan dan mengganggu kehidupan harian. Ia disebabkan ada masalah pada saraf sciatic yang membuatkan rasa sakit, kebas, atau mati rasa di sepanjang kaki. Kalini ini Gee kongsikan beberapa tips yang boleh membantu melegakan sakit ini.

7 Cara Berkesan Melegakan Sakit Saraf Sciatica


7 Cara Berkesan Melegakan Sakit Saraf Sciatica

1. Pemanasan dan regangan
Lakukan pemanasan ringkas sebelum melakukan peregangan bagi kawasan yang terkesan. Regangan lembut bagus untuk otot-otot pinggang dan pangkal paha dan ia membantu mengurangkan ketegangan pada saraf sciatic sekaligus mengurangkan rasa sakit.

2. Guna bantal khas
Apabila tidur, anda boleh meletakkan bantal di bawah lutut atau di antara betis agar tulang belakang berada dalam kedudukan yang betul. Misalnya bantal pasir atau bantal tidur boleh membantu mengurangkan tekanan pada saraf sciatic semasa tidur.

3. Gunakan pek panas dan sejuk untuk melegakan sakit Sciatica
Contohnya anda boleh menggunakan pek ais untuk 72 jam pertama apabila sakit sciatica menyerang, terutamanya jika sakit akibat cedera. Boleh letak ais untuk mengurangkan bengkak kerana ia boleh mengurangkan mampatan saraf sciatic. tapi jangan meletakkan pek ais secara langsung pada kulit sebaiknya balut pek ais itu dengan tuala atau kain dan sapukan ia selama 15-20 minit pada satu-satu masa.

Selepas 72 jam pertama, anda boleh menukar pek ais tadi kepada pek pemanas. Sapukan dalam 20 minit sahaja. Kenapa haba? Ia boleh menenangkan otot yang kejang atau tegang, mengurangkan kesakitan dan tekanan.

Jika masih rasa sakit selepas beberapa hari menggunakan pek pemanas, anda boleh menggunakan pek ais dan haba secara selang seli pada kawasan yang sakit.

4. Senaman rendah impak
Buat senaman yang rendah impak seperti berjalan secara perlahan-lahan di sekitar rumah. Senaman ini dapat membantu menguatkan otot, melancarkan aliran darah, dan mengurangkan tekanan pada saraf sciatic. Tapi jangan terlalu aktif sangat, buat secara sederhana.

5. Terapi
Ada beberapa jenis terapi yang boleh membantu melegakan sakit saraf scaitica seperti:
  1. Akupuntur
  2. Yoga
  3. Berurut
  4. Kawal stress dengan baik

6. Buat regangan
Regangan lembut untuk memastikan otot bekerja dan memudahkan pemampatan atau cubitan. Ia membantu ,eningkatkan kekuatan dan fleksibiliti selain mengurangkan kesakitan sciatic. Contohnya senaman regangan mudah bagus untuk otot belakang dan saraf tunjang.

Lihat sini contoh regangan untuk mengurangkan sakit sciatica.

7 Cara Berkesan Melegakan Sakit Saraf Sciatica


7. Berjumpa doktor atau pakar kesihatan
Jika sakit saraf sciatica teruk atau berlarutan lama, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan. Mereka boleh mengesyorkan rawatan tambahan seperti terapi fizikal, ubatan anti-radang, atau kaedah lain yang sesuai.

Penting untuk anda tahu bahawa setiap orang mungkin mempunyai respon dan kesan yang berbeza terhadap rawatan. Jika kesakitan berlarutan atau bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan profesional kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan penjagaan yang betul serta selamat.

Post a Comment

6 Comments

  1. macam sakit sendi yea. macam² nama penyakit dah. tq gee share

    ReplyDelete
  2. Saya selalu ada sakit-sakit saraf ni... nanti bolehlah cara dan senaman yang dikongsikan - Bonde

    ReplyDelete
  3. Masalah biasa orang-orang duk cakap ni. Macam dah normal sakit saraf rupanya takleh ambik mudah.. huhu

    ReplyDelete
  4. kalau kena scatica ni memang x selesa rasa. Thanks share info ttg scatica ni.

    ReplyDelete
  5. Ohh my...thanks for this useful informative post here. It's so healthy centric to avoid self from sakit sendi. Saved this for my reference. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  6. wah,tq infonya Gee. Sometimes kita tak alert sebab belum sakit,once dah sakit ha,mula mencari solusi

    ReplyDelete