Kepentingan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan Dan Kecantikan. Vitamin C antara vitamin paling femes dan ramai suka. Vitamin C bersifat larut air dan tinggi antioksidan. Ia penting untuk badan kita tetapi malangnya badan kita manusia tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan.
10 Kepentingan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
1. Untuk Kulit Cantik- Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, ia dapat mengurangkan tanda penuaan dan membantu sekatakan tona kulit.
- ia juga mengandungi ciri anti-keradangan yang kuat untuk membantu mengurangkan masalah kulit jerawat.
- Yang penting vitamin C meningkatkan penghasilan semula kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
2. Sistem Imun
- Vitamin C tinggi antioksida bagus untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikalmbebas.
- Ia juga meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.
- Nak imun kuat rajin-rajinlah ambil vitamin C yang cukup setiap hari.
3. Sakit Tekak atau Batuk
Sakit tekak berlaku apabila tekak dijangkiti, hingga menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti-histamin semulajadi untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan. Jika ada sakit tekak segeralah makan vitamin C dan pastikan mengambilnya setiap hari untuk melegakan sakit tekak.
4. Untuk Tenaga
Vitamin C boleh membantu meningkatkan tenaga badan dengan menyokong penyerapan zat besi. Ia uga membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang membantu menukar lemak kepada tenaga.
5. Kesihatan Sendi
Tak sangka vitamin C juga bagus untuk sendi. Bagaimana ia membantu sendi?
- Ia menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi dan tulang).
- Ia juga mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.
6. Gusi dan Gigi
Vitamin C juga membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
7. Pendekkan Tempoh Jangkitan
Terdapat kajian menunjukkan bahawa vitamin C bukan sahaja memendekkan tempoh flu, tetapi juga dapat memendekkan tempoh demam dan selesema. Bagi yang kerap diserang demam selsema, bolehlah mengambil vitamin C setiap hari untuk mempercepatkan proses pemulihan. Atau jika rasa nak demam / selsema, boleh ambil vitamin C segera.
8. Untuk Luka
Vitamin C diperlukan oleh tubuh badan kita untuk proses penyembuhan luka. Kajian mendapati bahawa kekurangan vitamin C dikaitkan dengan masalah pembentukan kolagen dan memperlahankan proses penyembuhan luka. Jika ada luka atau baru lepas pembedahan, jangan tinggalkan vitamin C untuk membantu luka cepat elok.
9. Ibu Hamil
Vitamin C juga salah satu vitamin penting untuk ibu yang sedang hamil. Antara kebaikan vitamin C untuk ibu hamil ialah:
- Mengurangkan kemungkinan komplikasi semasa ibu sedang hamil.
- Meningkatkan perlindungan imun si ibu dan bayi.
- Meningkatkan penyerapan zat besi, sekaligus dapat mengurangkan risiko anemia.
10. Warga Emas
Apabila usia makin meningkat, sistem pertahanan badan makin lemah. Badan juga kurang vitamin. Sebab itulah vitamin C disarankan buat warga emas. Ia penting untuk:
- Meningkatkan sistem imun dan perlindungan terhadap jangkitan.
- Mengurangkan kemungkinan untuk jatuh sakit disebabkan oleh penyakit yang berjangkit.
Banyak kan kebaikan dan kepentingan vitamin C ni untuk kesihatan dan kecantikan. Lepas ini rajinlah makan vitamin C. Boleh ambil dari makanan yang ada vitamin C atau suplemen vitamin C.
Suplemen Vitamin C Shaklee
Sebab apa ramai suka suplemen vitamin C dari Shaklee?
- Vitamin C semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk yang mempunyai perut sensitif/gastrik.
- Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
- Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.
Sebotol ada 180 biji boleh tahan hingga 6 bulan |
Pengalaman Sendiri dengan Vitamin C Shaklee
Gee sendiri memang ada ambil vitamin C ni setiap hari. Dah lebih 9 tahun makan. Alhamdulillah banyak membantu menambah baik kesihatan, antaranya:
- masalah bersin akibat resdung dah baik
- jarang demam dan selsema, jika ada kena pun cepat baik
- badan lebih sihat bertenaga
- tak ada ambil panadol bila demam, biasa gee akan amik lebih dos vitamin C bila ada sakit
Apapun yang penting kena rajin makan vitamin C Shaklee ini setiap hari. Jangan tinggal langsung sebabnya badan kita tak boleh menghasilkan vitamin C. Macam gee suka ambil dari suplemen sebab dari makanan harian biasanya tak cukup. Bila cukup vitamin C dalam badan inshaallah badan akan lebih sihat.
Baca juga di sini
Berminat untuk mencuba Vitamin C Shaklee ini, anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
0 Comments