9 Tips dan Cara Atasi Sembelit bagi Warga Emas

Tips sembelit untuk warga emas. Sembelit adalah masalah yang sering dialami oleh ramai orang termasuklah warga emas. Sembelit berlaku apabila sukar untuk membuang air besar, jarang membuang, najis keras dan rasa tak lawas membuang. Jika dibiarkan, sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membawa kesan buruk kepada kesihatan. Untuk membantu warga emas mengatasi masalah sembelit, berikut adalah beberapa tips dan cara yang berguna.

9 Tips dan Cara Atasi Sembelit bagi Warga Emas


7 Tips dan Cara Mengatasi Sembelit bagi Warga Emas

1. Ambil makanan kaya serat

Satu cara penting untuk mengatasi sembelit adalah dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet. Warga emas boleh mengambil pemakanan yang kaya serat seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, dan kacang-kacangan. Serat membantu melembutkan najis dan memudahkan pergerakan usus agar mudah untuk membuang. 

2. Rajin minum air kosong

Kekurangan cecair dalam badan juga boleh menyebabkan sembelit. Pastikan warga emas rajin minum air secukupnya sepanjang hari. Boleh cuba minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk memastikan tubuh cukup air dan dalam keadaan terhidrasi dengan baik.

3. Buat senaman berkala

Senaman penting untuk merangsang pergerakan usus. Warga emas boleh mencuba senaman ringan seperti berjalan kaki, senaman kegel, bercucuk tanam, mengemas rumah juga boleh. Asalkan badan ada bergerak. Ini akan dapat membantu meningkatkan aliran darah ke usus dan menggalakkan pergerakan usus.

4. Membuang air besar dalam waktu yang sama

Membina rutin dalam jadual buang air besar dapat membantu melatih usus. Cuba untuk pergi ke tandas pada waktu yang sama setiap hari, walaupun tidak ada keinginan. Ini boleh membantu mengajar usus untuk berfungsi dengan lebih teratur.

5. Elak minuman manis dan kopi

Kopi ada mengandungi kafein dan ini boleh sebabkan badan terdedah kepada dehidrasi. Sama juga jika kerap minum minuman yang manis. Oleh itu, untuk mengatasi sembelit bagi warga emas, kurangkan minum air manis, kopi, nescafe dan sewaktu dengannya. 

6. Amik probiotik

Makanan yang ada kandungan bakteria baik (probiotik) seperti yogurt dapat membantu masalah pencernaan yang terganggu. Jika ada sembelit dan sukar nak membuang bolehlah memakan makanan yang kaya dengan probiotik.

9 Tips dan Cara Atasi Sembelit bagi Warga Emas


7. Makan Herblax

Jika ada masalah sembelit dan dah buat semua di atas, mungkin boleh cuba ambil suplemen herblax untuk membantu mudah lawas. Biasanya bila Gee sendiri makan herblax ini waktu malam, siang keesokannya akan terus membuang. Mudah dan lancar! Selesa rasa perut. 

9 Tips dan Cara Atasi Sembelit bagi Warga Emas

Herblax mengandungi:
  • Buckhorn Bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan kepada usus
  • Senna Leaves -meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut.
  • Fennal Seeds - membantu pencernaan berkesan untuk masalah sembelit.

8. Ambil cukup magnesium

Kebanyakan orang termasuk warga emas mengalami masalah magnesium yang tak cukup. Untuk membaiki sembelit pastikan badan cukup magnesium. Boleh amalkan makanan tinggi magnesium atau ambil suplemen magnesium

Bagaimana MAGNESIUM membantu sembelit :
  • Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
  • Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar

9 Tips dan Cara Atasi Sembelit bagi Warga Emas


9. Berjumpa Doktor

Jika sembelit berlarutan atau menjadi masalah serius, sangat penting untuk berjumpa dengan doktor. Masalah sembelit boleh menjadi gejala masalah kesihatan yang lebih serius, dan doktor boleh membantu mengenalpasti punca sebenar dan merancang rawatan yang sesuai.


Sembelit boleh menjadi masalah yang sangat mengganggu bagi warga emas, tetapi dengan mengamalkan tips dan cara di atas, ia dapat diatasi dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan. Selalu berhubung dengan doktor untuk mendapatkan nasihat profesional dan rawatan yang sesuai. Jaga kesihatan usus anda dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan selesa.



Post a Comment

5 Comments

  1. sembelit orang dewasa yang bahaya. banyak penyakit yang akan singgah. jangan la dibiarkan kalau tak buang air besar berhari² tu. Shaklee ada set complete untiuk sembelit

    ReplyDelete
  2. TQ sharingnya gee. Smbelit ni kalau dibiarkan memang akan jadi lagi teruk. Sebelum parah sepatutnya dah kita atasinya

    ReplyDelete
  3. sembelit ni memang menyakitkan. Kalau sehari tak membuang, lagi seksa. Bagus sangat sharing gee ni. Sesiapa ada masalah sembelit, bagus amalkan tips gee share ni.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih info, nanti nak bagi suami baca sebab dia ada masalah sembelit ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing these useful info, I'm saving your blog post so can refer whenever my home senior family members suffer swmbelit then. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete