Jerebu merujuk kepada satu keadaan di mana udara menjadi berkabus dan keruh akibat penyebaran habuk, zarah halus, dan asap dalam atmosfera. Ini boleh berlaku dalam skala kecil atau besar, bergantung kepada punca dan tahap pencemaran udara. Jerebu seringkali terjadi di serata dunia termasuk Malaysia.
Punca Utama Jerebu
10 Tips Menjaga Kesihatan di Musim Jerebu
1. Elak membuat aktiviti fizikal di luar bangunan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu.
2. Jika ada aktiviti fizikal di luar bangunan sebaiknya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, digalakkan menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Untuk mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan sebaiknya menutup tingkap dan pintu.
5. Elak buat aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan. Contohnya tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalam rumah atau bangunan.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
Punca Utama Jerebu
- Pembakaran Hutan : Salah satu punca utama jerebu adalah pembakaran hutan yang tidak terkawal. Ini boleh berlaku semasa musim kemarau.
- Kebakaran Semula Jadi : Kebakaran semula jadi seperti letupan gunung berapi juga boleh menyebabkan jerebu.
- Pencemaran Udara : Aktiviti industri dan penggunaan bahan bakar fosil menyumbang kepada pencemaran udara, yang boleh mencetuskan jerebu.
10 Tips Menjaga Kesihatan di Musim Jerebu
1. Elak membuat aktiviti fizikal di luar bangunan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu.
2. Jika ada aktiviti fizikal di luar bangunan sebaiknya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, digalakkan menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Untuk mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan sebaiknya menutup tingkap dan pintu.
5. Elak buat aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan. Contohnya tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalam rumah atau bangunan.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Rajin minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk pastikan badan kekal hidrat. Boleh isi dalam botol air supaya lebih mudah.
9. Cuci tangan dengan kerap untuk mengelakkan jerebu yang melekat pada tangan masuk ke dalam mulut atau hidung. Ini jika berada di luar terlalu lama dengan masalah jerebu yang teruk.
10.Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung kerana mereka ini lebih mudah terjejas bila terdedah kepada udara jerebu yang tidak sihat.
11. Dapatkan rawatan di klinik, hospital yang terdekat sekiranya berasa diri tidak sihat akibat jerebu.
Sama-samalah kita sentiasa menjaga kesihatan semasa musim jerebu yang melanda ini. Kurangkan berada di luar dan sentiasa menyemak bacaan udara.
2 Comments
Terima kasih sharing tips sis..
ReplyDeletesama2, moga bermanfaat :)
Delete