Makanan Yang Dilarang Untuk Penderita Darah Tinggi

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, adalah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri seseorang adalah lebih tinggi daripada tahap yang dianggap normal. Ini berlaku apabila tekanan darah sistolik (tekanan semasa jantung berdenyut dan memompa darah) dan diastolik (tekanan semasa jantung beristirahat antara denyut) berada pada tahap yang tinggi secara berterusan atau berulang. 

Makanan Yang Dilarang Untuk Penderita Darah Tinggi

Keadaan ini boleh memberi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, strok, dan gangguan lain dalam sistem kardiovaskular. Tekanan darah tinggi biasanya tidak mempunyai gejala yang jelas, oleh itu penting untuk memantau dan menguruskan tekanan darah dengan berkesan untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang serius.

9 Makanan Yang Dilarang Untuk Penderita Darah Tinggi

1.Makanan Ringan Masin
Contohnya seperti kerepek, keropok, dan popcorn tinggi garam/natrium. Sebagai contoh, hidangan untuk 1 auns kerepek kentang biasanya mempunyai kira-kira 50-200 miligram garam. Jika ada masalah darah tinggi elakkan makan. 

2.Makanan Sejuk Beku
Makanan ini memang semua orang ada. Ia cepat dan mudah disediakan. Tetapi ia juga banyak dengan natrium, rasa masin sedap tu tapi sebaiknya elakkan atau kurangkan makan jika ada masalah darah tinggi. 

3.Makanan Lemak Tepu (Saturated fats)
Makanan jenis ini juga berpotensi meningkatkan tekanan darah walaupun rasa sedap dan menyelerakan sampai buat bertambah makan. Contohnya, coklat, kek, pie, donut, yogurt, keju. Tapi, perlu berhati-hati kerana makanan jenis ini yang banyak memberi kesan buruk kepada badan. 

Makanan Yang Dilarang Untuk Penderita Darah Tinggi


4.Makanan Bergoreng
Seperti kentang goreng dan sayap ayam goreng juga tidak digalakkan untuk yang ada masalah darah tinggi. Contohnya, jika kerap memakannya sebanyak empat kali atau lebih dalam seminggu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan badan. Makanan bergoreng dikaitkan dengan risiko kesihatan seperti, 
  • Diabetes jenis II
  • Obesiti
  • Hipertensi 
  • Kegagalan jantung

5.Makanan Manis
Gula tambahan terutamanya fruktosa, meningkatkan kadar denyutan jantung dan memainkan peranan dalam keradangan dan rintangan insulin di samping meningkatkan tekanan darah. Oleh itu, sebaiknya elak; 
  • minum minuman bergas, jus buah dalam tin atau botol 
  • makanan manis seperti kek, kuih muih, biskut, coklat

6.Daging Diproses
Makanan jenis ini juga tinggi garam termasuk hot dog, bacon, daging burger.

Makanan Yang Dilarang Untuk Penderita Darah Tinggi


7.Keju
Keju nampak seperti snek yang sihat sebab ia kaya dengan kalsium yang boleh mengurangkan tekanan darah. Tapi banyak jenis keju juga ada garam. Sebaiknya pilih keju rendah natrium seperti Swiss atau mozzarella cheese. 

8.Pizza
Pizza sejuk beku atau yang bari dbuat, ia mungkin tinggi natrium/garam. Anggaran sepotong pizza keju beku 4 auns mempunyai 370 hingga 730 miligram garam. Jika teringin nak makan pizza pilih saiz yang lebih kecil dan yang banyak sayur-sayuran untuk lebih banyak manfaat kesihatan.

9.Alkohol
Ia adalah toksik kepada jantung dan boleh melemahkan otot. Menurut Persatuan Jantung Amerika, akohol juga boleh meningkatkan tekanan darah. 


Ada banyak jenis makanan yang dilarang atau yang perlu dielakkan dan dikurangkan bagi yang ada menghidap masalah darah tinggi. Yang penting pilih makanan yang sihat, makanan yang dimasak sendiri. 



Baca juga:





Post a Comment

0 Comments