6 Jenis Teh Terbaik Untuk Kuruskan Badan

Teh adalah minuman yang sangat popular di Malaysia. Ia tidak hanya sedap diminum tetapi juga boleh memberikan faedah kesihatan dan boleh membantu anda yang nak kurus. Jadi, mari kita lihat apa jenis teh yang boleh membantu anda yang nak menguruskan badan.

6 Jenis Teh Terbaik Untuk Kuruskan Badan


6 Jenis Teh Terbaik Untuk Kuruskan Badan

1. Teh Hijau
  • Teh hijau sangat terkenal untuk yang nak kurus dan diet. Ia mengandungi antioksidan semulajadi iaitu katekin. Antioksidan ini membantu melawan radikal bebas dalam tubuh sekaligus membantu mempercepat metabolisme dan membakar lemak.
  • Teh hijau juga dapat mengawal nafsu makan. Ini dapat membuat anda kenyang lebih lama. 
  • Kandungan EGCG (epigallocatechin gallate) dalam teh hijau juga dapat meningkatkan oksidasi lemak dalam badan. Mkasudnya badan akan lebih efektif dalam membakar lemak sebagai sumber tenaga.

2. Teh Oolong 
  • Teh ini berasal dari China. Ia mengandungi polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisme badan. 
  • Penyelidik dari University of Tsukuba di Jepun mendapati bahawa minum hanya dua cawan teh oolong setiap hari dapat membantu anda membakar lemak di perut anda walaupun anda sedang tidur!
  • Teh Oolong juga mengandungi Epigallocatechin (EGCG) yang berfungsi untuk mempercepatkan pemecahan asid lemak. Kesannya ia boleg mengurangkan penyerapan karbohidrat dan lemak berlebihan di dalam badan anda.

3. Teh Mint
Aroma daripada minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapatmengurangkan selera makan. Rasa daun pudina itu sendiri dapat memberi kelegaan. Ia juga dapat membuatkan anda kurang rasa nak makan. 

4. Teh Putih
Mesti ada yang tak pernah dengar tentang teh putih. Kajian menunjukkan teh ini membantu untuk menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. maksudnya ia membantu mempercepat pemecahan sel-sel lemak dan menyekat pembentukan yang baru, dan ini sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.
Jadi, kalau nak kekal kurus dan tak nak banyak lemak berlebihan, rajin-rajinlah minum teh putih ini tau!

5. Teh Herba
Teh ini tidak mengandungi kafein dan bukan diperbuat daripada daun pohon teh (Camellia sinensis). Sebaliknya teh herba menggunakan daun, kelopak bunga, batang rempah dan juga buah kering daripada tumbuhan. Teh herba yang popular termasuk teh rooibos, teh halia, teh rosehip dan teh bunga raya. Walaupun ramuan teh herba ini berbeza tetapi ia membantu mengurangkan berat badan dan lemak di perut.

6. Teh Hitam (Black Tea)
Teh hitam juga mempunyai potensi untuk membantu dalam penurunan berat badan. Ia mengandungi kafein yang dapat memberikan tenaga dan membantu meningkatkan proses pembakaran kalori. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak menambah terlalu banyak gula ke dalam teh hitam. 


Memperkenalkan Tea Mix

Campuran eksklusif teh hijau matcha, teh putih dan teh merah dalam satu sachet. Dan ada kandungan taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar badan sentiasa segar dan cergas. Best! Selain bagus untuk yang nak menguruskan badan, dalam masa yang sama badan cergas dan mata segar tak mengantuk!

6 Jenis Teh Terbaik Untuk Kuruskan Badan

Tea Mix dari Shaklee ini selain untuk kurus, ia juga bagus untuk:
  • yang kerap oustation
  • yang suka makan minum manis
  • yang tak suka kopi tapi nak mata tak mengantuk
  • yang buat Intermittent Fasting (bantu puasa lebih lama)
  • yang nak mata segar tak mengantuk dari pagi
  • yang kerap mengantuk lepas makan di tempat kerja
  • yang cikgu yang nak cergas dan aktif
  • yang drive jauh
  • yang kerap bersenam
  • yang tak suka bau green tea tapi nak minum
  • yang tengah belajar 

Jenis Teh Terbaik Untuk Kuruskan Badan

Best kan TEA MIX ni? Semua boleh minum. Yang penting tiada gula dan perisa tambahan. Selamat diminum tiap hari. Boleh bawa ke mana-mana. Jika minum kat kedai luar boleh bawak, oder air kosong dan ais kemudian campur tea mix. Boleh minum sambil makan. 


Bagaimana cara terbaik untuk meminum teh untuk kurus?

Teh terbaik diminum tanpa tambahan gula. Boleh menikmati teh panas atau sejuk sesuai selera masing-masing. Bagi yang nak menguruskan badan dan menjadikan teh sebagai minuman diet setiap hari, sebaiknya minum teh kosong tanpa gula. 



Berminat untuk mencuba Tea Mix Shaklee anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee




Post a Comment

2 Comments

  1. sy mmg minum teh hijau lps sarapan..plg suka, hari2 membuang..perut pn rs selesa je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan.. teruskan minum, yg penting minum tanpa gula

      Delete