6 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi Hanya Dari Rumah

Artikel kalini Gee akan kongsikan beberapa cara semulajadi yang mudah yang boleh digunakan untuk membantu menguruskan tahap tekanan darah tinggi.

Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi Hanya Dari Rumah

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah adalah darah mengepam dari jantung ke arteri. Bacaan tekanan darah normal adalah kurang daripada 120/80 milimeter merkuri (mm Hg)sumber yang dipercayai. Apabila tekanan darah tinggi, darah bergerak melalui arteri dengan lebih kuat. Ini memberi tekanan yang meningkat pada tisu halus di arteri dan merosakkan saluran darah.

Bahaya darah tinggi sebab itu ia digelar sebagai" pembunuh senyap, ". Ia biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga terdapat kerosakan yang ketara pada jantung.

6 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi Hanya Dari Rumah

1. Aktif Bergerak
Kekal aktif penting untuk hidup yang sihat. Bukan hanya boleh membantu menurunkan tekanan darah, aktiviti fizikal juga manfaat kepada mood yang baik, kekuatan, dan keseimbangan badan anda. Ia juga bole mengurangkan risiko diabetes dan jenis penyakit jantung yang lain.

2. Buat DASH Diet
Menurut Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH), ia boleh menurunkan tekanan darah sistolik. Contoh DASH diet;
  • makan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh
  • makan produk tenusu rendah lemak, daging tanpa lemak, ikan, dan kacang
  • elak makanan yang tinggi lemak tepu, seperti makanan yang diproses, produk tenusu tinggi lemak, dan daging berlemak

Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi Hanya Dari Rumah

3. Kurangkan Garam
Ia sangat penting untuk menurunkan tekanan darah. Bila makan terlalu banyak natrium, badan akan mula menyimpan cecair. Ini menyebabkan peningkatan mendadak dalam tekanan darah. Boleh ganti garam dengan herba dan rempah untuk menambah rasa dalam masakan.

4. Jaga Berat Badan
Berat badan dan tekanan darah tinggi saling berkaitan satu sama lain. Tahu tak? Lemak tambahan di pinggang, iaitu lemak viseral. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dalam jangka masa panjang, termasuklah risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.

5. Berhenti Merokok
Rokok boleh menaikkan tekanan darah. Mereka yang ada tekanan darah tinggi yang merokok berisiko lebih untuk mengalami tahap tekanan darah yang tinggi, serangan jantung, dan strok yang berbahaya.

Malah mereka yang menghidu asap rokok boleh juga berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Bahaya kan rokok ni? Berhentilah merokok demi yang tersayang dan diri sendiri juga.

6. Kawal Stress
Gaya hidup sekarang memang boleh membawa stress. Bahaya stress, boleh meningkatkan tekanan darah. Jika tidak dikawal dengan baik, lama-kelamaan ia boleh mengekalkan tekanan darah berada pada tahap yang tinggi. Bahaya kan? Sebab tu ramai yang kita dengar yang bekerja sekarang banyak stress dan tiba-tiba ada mati mengejut!


Bahaya darah tinggi ini. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan serangan jantung, stroke dan masalah buah pinggang. Pastikan anda sentiasa memastikan bacaan darah berada tahap yang normal. Boleh buat pemeriksaan sendiri di rumah atau berjumpa doktor.



Post a Comment

0 Comments